Tuesday, December 11

Blog berhabuk,B2B busy preparation

Assalamualaikum
mengancam tajuk post kali ni macam headline Metro
huhu

lama sangat tak update blog ni
kesian kesian blog
kesian kat tuan blog jugak sebab skrin laptop pecah
sedih
tapi nak bagitau saya tengah busy wat preparation kawin
banyak sebenarnye nak share tapi sangat tak dapat sebab alasan di atas
In Sya Allah pas baiki laptop saya maraton update semula

Alhamdulillah,ramai pm nak sewa veil
rejekiiiii :P
In Sya Allah pasni ada veil kaler pink and offwhite utk di sewa
cuma tak tau bila nak upload sebab laptop rosak
huwaaaaaa

so consider active ke tak blog ni?

Sunday, June 17

Design Mendesign


Assalamualaikum
hari ni perasaan seperti teruja sangat nak bukak Adobe Illustrator dan mulakan design wedding card saya dan Nazri
macam-macam idea datang menjengah sampai tak sempat tadah
sy dah ada 4 design yang bakal menyulitkan saya untuk memilih
haish!

banyak benda yang akan saya design untuk majlis saya, antaranya:-
Kad jemputan L/P
Bunting
Penunjuk arah
Guest corner - sign here poster
Centrepiece
Welcome poster
Thank you card
Guest book 

lihat, 8 benda harus di kerjakan
nanti kalau rajin saya kongsi rupanya okay.

Monday, June 11

InsyaAllah, Dia lelaki terakhirku


Assalamualaikum

Hari ni agak penat sikit sebab awal pagi dah teman encik tunang pergi US Embassy
he needs to apply VISA for 2 weeks training kat sana nanti
tapi ini kali ketiga setelah dua kali di reject
saya pikir, orang US sangat memandang serong pada muslim yang namanya bermula "Mohammad"
dengan layanan yang agak kurang, mungkin ada sebab kenapa permohonan VISA encik tunang di tolak
my guess, atau mungkin encik tunang yang sengaja buat failed VISA tu kan
sebab dia risau sangat kalau pergi sana nak makan apa hari-hari
hu hu hu
saya percaya encik tunang pandai jaga diri dan makan minumnya walau di mana dia berada

Hari ni jugak hari pertama saya berkerja setelah 5 hari cuti
rasa malas tu confirm lah ada sebab dah sedap makan tidur cukup kat rumah
nak-nak encik tunang nak kena berangkat ke KK hari ni
lagi la rasa beratnya nak pergi office
tapi saya gagahkan jugak
demi mencari sesuap nasi dan kumpul duit kawin
hehehe

Encik tunang ada pesan tadi, mintak saya jaga diri baik-baik
jangan makan banyak-banyak sebab dia tengok saya dah tembam sangat
tadi pun sempat drive thru McD Double Quarter Pounder
bukan main pelahap lagi saya sebab sangat lapar tak makan breakfast pagi tadi (Ya Allah, ini amalan sapa ni? kena ubah)
saya rasa masa sangat suntuk tadi untuk saya lunch bersama encik tunang
lagipun takde train yang straight pergi LCCT
daripada biarkan encik tunang naik teksi,sy decided nak hantar terus encik tunang ke LCCT
serius, lepas encik tunang balik dari Brunei hari tu tak sempat lagi kami berdua berbual panjang
hari tu jemput encik tunang di KL Sentral, singgah makan dan terus encik tunang balik kampung
sampai la hari ni baru sempat nak berborak lama sikit
tapi bagus jugak, rasa cinta berputik-putik macam bunga sakura
(sila gelak terbahak-bahak)
tapi sayang,sekejap jer pastu dah sampai LCCT huhu

Saya sentiasa ingatkan diri saya supaya belajar memahami bakal pasangan saya
sejak encik tunang kerja jauh
saya dapat rasakan banyak yang berubah terutama chemistry
bayangkan dulu sebelum bertunang, asik nak bergaduh je setiap hari
ada je yang tak kena
ada je yang tak percaya
mungkin masa tu kami belum cukup matang lagi
agaknya
tapi bila dah bertunang, rasanya sangat lain
encik tunang jugak sangat ketara perubahannya
kadang-kadang boleh membuatkan saya terharu
encik tunang banyak ingatkan saya tentang perkahwinan yang akan di bina nanti
in future, kami berdua perlu jadi bagaimana 
beliau cuba mendidik diri untuk menjadi pasangan yang sentiasa memandang ke hadapan
dari segi kerjaya,saya akui encik tunang lebih ke hadapan
dan saya pula masih merasakan di takuk lama seperti dulu
bosan jugak,tapi..hurm..susah nak cakap kenapa dan kenapa
fullstop :(

Kadang-kadang teringin jugak nak upload gambar encik tunang di FB
ataupun sekurang-kurangnya status betapa saya sangat menghargai beliau
tapi kata encik tunang, cinta tak perlu ditayangkan pada khalayak ramai
cukup lah kita dan pasangan kita je yang tau betapa kita memerlukan antara satu sama lain
lagipun kata encik tunang, selagi belum sah kita belum lagi boleh menghebohkan pada orang ramai
risau jika semuanya yang kita update disalah erti dan menjadi umpatan orang pulak
kalau dah kawin pun, encik tunang awal-awal lagi dah sound, jangan seronok sangat sampai kita lupa tanggunjawab yang akan dilalui
kadang-kadang orang yang rajin mencanang kebahagian mereka,belum tentu bahagia pada realitinya
mungkin itu adalah cara menarik perhatian rakan-rakan supaya like dan memeriahkan page mereka
Wallahualam, perlu tepuk dada tanya selera :)

Apa yang saya ingin katakan, suatu perhubungan perlu disulami dengan rasa yang sama
kerana Allah jugak telah menentukan manusia itu berpasangan sejak dari azali
hanya Dia yang tahu siapa yang bakal memiliki hati setiap manusia
walau bagaimana rupa pasangan kita,sempurna atau tidak
bersyukur saja, sekurang-kurangnya ada jugak yang sudi menemani kita di hari tua nanti
yang tak sempurna itu boleh dihiasi dengan hati yang ikhlas
dan saya sentiasa cuba memperbaiki diri saya supaya saya belajar menghargai orang yang sudi bersama saya
InsyaAllah, dia lelaki terakhir saya






Sunday, June 10

Berjumpa lagi selepas 3 bulan


Assalamualaikum
Esok encik tunang akan ke Kota Kinabalu
InsyaAllah kali ni lebih lama dari biasa
3 bulan 
apa??
3 bulan??
ini reaksi pertama saya bila dapat tau berita ni
saya kira itu tempoh yang sangat lama
kalau kira-kira lepas 3 bulan encik tunang pulang tinggal 6 bulan saja untuk persiapkan semua persiapan
hati ni mula dah cuak, ye la sebab sorang jauh di sana sorang terkontang kanting di sini
memang saya harus persiapkan diri untuk buat semua sementara tunggu encik tunang pulang
hurmm,hari tu saya ada kata nak pegi beli kain for nikah kan
heee tak sempat lagi
Mei hari tu kalut dengan board meeting, pastu kenduri tak abis-abis sampai la ke Jun ni
saya banyak attend kenduri sedara mara sebab jadi driver mak setiap sabtu dan ahad
so ikut je la
itu pun banyak jugak jemputan yang saya tak dapat penuhi 
sebab kaki saya ada dua aje..hehe..tak sempat nak terkejar sana sini
i'm sorry
wish semua mempelai (kawan ke sedara ke) bahagia kekal ke akhir hayat

berbalik pada kisah encik tunang saya yang dicintai ini,cheh!
minggu lepas kami dan family kedua belah ada buat sedikit perbincangan tentang tarikh pernikahan dan resepsi kedua belah pihak
Alhamdulillah, tarikh 15.3.2013 tu muktamad untuk kami langsungkan pernikahan
FMIL kata rombongan dari Gemas akan datang 1 bas
so, saya perlu prepare homestay buat pihak lelaki nanti
rombongan pihak saya ke majlis resepsi rumah pengantin lelaki nanti mungkin dalam 6-7 kereta jer
so,bila tarikh dah sepakat ni harap mudah la nak mula bekerja
nak mula pergi jumpa butik pengantin
ukur baju dan hantar sketch pelamin idaman
saya impikan majlis yang simple tapi menarik tertarik kau memang da bomb!
heee..gurau
less is more,tapi biarla majlis saya itu dapat dikenang oleh semua jemputan yang hadir

Maka pada bulan ini, saya rasa saya dah boleh shopping sikit-sikit barang-barang door gift
buat sikit-sikit projek DIY 
hurm,itu je kot dulu

okay la,nak siap-siap dinner with encik tunang sebelum beliau terbang esok
TATA

Sunday, June 3

Boring Mode


Assalamualaikum
urgh urgh urgh
jarang rasa boring macam ni

tetiba hari ni rasa BORING yang amat sangat
kenapa?
hormon bertukar ke apa ni

nak marah ada, nak nangis ada,macam-macam la ada
rasa cam dah weng pun ada
err nak kawin pulak tiba-tiba takda
tatau mana mood gone tah
haishh

PARAH!!

SEDIH untuk diri sendiri~




Thursday, May 31

Encik Tunang Pulang


Assalamualaikum
Samat Pagi

YEYYY! syok hari ni
sebab
Encik tunang tersayang pulang dari Brunei
lama kot tak jumpa
Wawawah

TERKESIMA!

Saturday, May 19

9 Bulan Lagi

Assalamualaikum

Wah,tajuk entry macam ibu mengandung pulak
eh,belum lagi
sengaja propa..hihi

Okay, kalau dihitung 
tolak tambah darab bahagi,
tinggal lagi 9 bulan lagi my wedding
pehh,memang sekarang ni rileks lagi tak prepare apa lagi la
hari-hari kejanya dok search internet
add butik pengantin
saya rasa friendlist kat FB tu suku ialah butik pengantin
abis butik pengantin kat terengganu,pahang suma saya add
wahahahaha

disebabkan lagi 9 bulan, me and en tunang tengah gigih kumpul duit
huhu
sat-sat pikir taknak buat pelamin
pastu tengok gambar member post pelamin cun-cun rasa nak dok atas pelamin plak
fening weyh
sat-sat kang nak pakai tiffany blue
pastu rasa cam dah ramai sangat orang pakai kaler tu
taknak lah,nak pakai kaler ijau zamrud pulak
adoi haiiiii..cik yottie oi cuba la teguh sikit pendirian tu

orait,sekarang nak decide
saya nak pakai baju kaler white cream untuk majlis nikah
kaler ijau zamrud/emerald green untuk resepsi belah perempuan
(pedulik walaupun encik tunang tak suka,aku suka!haha)
kaler gold untuk majlis bertandang umah encik tunang
SET!!!
takmo tukar theme lagi dah

erk,ijau zamrud tu camana?
camni haaaa
giler cantik SchAwal ni kan
secocok sungguh mereka
macam saya dan Nazri
ERKKKK! (sila muntah ijau ZAMRUD di sini)

Tapi yang SchAwal pakai ni adalah material songket
mine mungkin material dutchess satin untuk lelaki
dan saya material chiffon + lace
combination kaler ijau zamrud + itam should be great i think
(berangan,lalalalalla)

InsyaAllah,nextweek nak kuar gi shopping beli kain nikah and kain for bertandang
takpe beli awal-awal supaya saya menyesal nanti tengok latest kain lagi cantik kuar nanti
huwaaaaaaaa
tapi bukan apa,sebenarnya nak avoid keje last minit
beli awal-awal boleh peram kain tu,bawak tido puas-puas sebelum jadi baju
haha
cadang nak beli chiffon beaded 2.5 meter kalar white cream untuk baju
kain beli plain chiffon 3 meter sebab nak buat kat ropol kedut-kedut macam gambar kat bawah ni


wahh sangat comel itu kain kan
then, beli extra 1.5 meter plain chiffon nak buat veil
border lace saya ingat beli kat kedai kain biasa je la (cost RM20-RM35)
dengar citer kat Jakel mahal giler
nak save budget la katakan
so saya budget belanja beli kain untuk nikah dalam RM450

Untuk bertandang pulak saya cadang nak beli kain chiffon set dekat Semua House
hari tu dah tanya 4.5 m chiffon beaded + lining + kain baju melayu
RM380
murah la kan?
tapi kain taknak pakai chiffon beaded sebab nak wat kain macam kat atas nuh
maka kena tambah sikit untuk beli plain chiffon
lebih chiffon beaded (yang tak jadi wat kain tu nanti) nak wat veil
so takyah DIY veil lagi dah
Yeeehuuu

okay la nanti sambung lagi menulis ya
nak angkat jemuran
ujan dah turun
hu hu



Monday, May 7

Aik Sudah Tukar!

Assalamualaikum
Wahhh hari ni TER rajin pulak nak update blog
Actually tadi malas nak online
tapi Encik tunang suruh buka Photoshop edit gambar passport beliau
terpaksa la saya mengonlinekan diri
alasan

Terkejut den tengok setting blogspot ni dah berubah rupa
agak terkial-kial jugak la nak cari icon untuk menulis
naseb jumpa
saja je kan nak suh saya menulis

Okay, last saturday Ann my BFF tu datang hantar kad reception dia
pastu kami pun story mory la pasal wedding ni
saya biasalah, berangan tak habis sedangkan Ann dah selamat jadi bini orang
so dia tak lah berangan..haha
sambil bergosip-gosip cita pasal artis kawin
tiba-tiba Ann bukak cite
dia kata asben dia tanya
"ITU YATT KE?MATURED NYER DIA"
"BESAU ORANGNYE"

Cehhhhhh

tensen pulak aku dengar
baru sedar yang memang berat dah cecah 72 kg
the heaviest weight in my life
memang pecah record la gemok tak hengat
haha
ati senang maa

TAPI
bila dah dengar komen negatif macam tu
memang la menyirap darah ku
terus hati jadi tak senang
Wahahahaha
"cis!camne la aku boleh sebesar ni??"
5 juta kali jugak la saya tanya diri sendiri sebelum terima kenyataan sebenar

SO NOW

kena push diri untuk berdiet
no matter what saya kena
menyirap sirap ni dengar komen macam tu
saya anggap ini satu cabaran untuk saya cepat kurus sebelum bulan 3 tahun depan

Nak disiplinkan diri ni memang payah
tapi kena kuat
so YATT u need to be strong
positive
aja-aja fighting

(I HATE NASIK FROM NOW...haha)

Wednesday, May 2

Pelamin ANGAN ku, ANGAN je dapat taktau!

Assalamualaikum

Blog ni memang saja saya biarkan berhabuk
sebab sangat takde idea nak tulis apa pun
kebetulan hari ni rajin lain macam pulak nak update
tapi sangat malas nak menaip panjang-panjang
saja nak menepek gambar pelamin yang menjadi anganku sejak dulu lagi
adakah impian jadi kenyataan?
JENG JENG JENG

Actually saya sebenarnya berhajat nak pelamin yang simple saja
memang pelamin tu saja nak wat snap foto nanti 
(amboi,boleh gitu?boleh je kalau dah nak macam tu)
since,memang takkan buat adat merenjis-renjis ni 
saya rasa just nak duduk atas pelamin kejap, dengar bacaan doa
selawat then adegan salam menyalam dengan parents
pastu turun makan
lepas makan potong kek atas pelamin
lepas tu bergambar sakan dengan family dan kawan-kawan

Sebab tu la saya nak pelamin saya tu nanti simple
tapi moden, kiut miut macam pengantinnya nanti
hehe
so nanti ingat lepas raya baru nak gi butik Nana tu
untuk fitting baju (me request bajur baru)
pastu nak discuss pelamin apa yang cun yang boleh dia buat within bajet 
yang aku mampu

so kat bawah ni la antara design impian saya
layannnnnnsss

haaaaa..simple sangat
tapi kalau boleh aku nak bunga banyak-banyak
siap ada kristal gantung-gantung kat belakang tu..

Putih dan merah memang nampak mewah
dan aku paling suka bunga yang berjuntai-juntai kat backdrop tu
pehhh!

Cantik sangat pelamin frame ni..memang tgh in sekarang
ala-ala garden gitu

Saya suka bunga banyak-banyak!
suka suka
panel dia actually biasa-biasa je
bunga tu yang menaikkan seripelamin ni sebenarnya

CANTIK TAKKKKK?




Saturday, April 21

Pesanan Mak

Assalamualaikum

Mak cakap
nanti bila dah kawin
cium tangan suami setiap kali keluar rumah
dan jugak semasa pulang ke rumah

Mak cakap 
nanti bila dah kawin
jangan malas-malas solat berjemaah dengan suami
jangan pentingkan drama tv atau fesbuk dari solat bersama

Mak cakap
nanti bila dah kawin
rajin-rajin masak untuk suami
air tangan isteri boleh lembutkan hati suami
biasakan sehingga masakan jadi sesedap masakan ibunya

Mak cakap
nanti bila dah kawin
rajin-rajin buat kerja rumah
ajak suami tolong sekali
sama-sama belajar hargai masa yang terluang

Mak cakap
nanti bila dah kawin
Jangan lupa mintak maaf pada suami sebelum tidur
supaya syurga dekat kita

Mak cakap
nanti bila dah kawin
jangan selalu sangat merajuk
jangan suruh suami tido kat tempat lain
berbaik segera supaya masalah tak makin besar
buang ego dan jangan melawan
sebab syurga di janjikan buat isteri yang taat

Mak cakap
nanti bila dah kawin
sentiasalah mintak restu suami kalau nak buat apa pun
sebab suami berhak sebagai ketua keluarga

Mak cakap
nanti bila dah kawin
jangan lupa berhias untuk suami
pakai kemas dan bersih sebelum suami pulang kerja
supaya suami tak serabut tengok kita

Mak cakap
nanti bila dah kawin
jangan galak sangat berhias untuk orang lain
takmo ada sifat tabaruj
berhias untuk suami sahaja
sebab aurat kita maruah suami kita

Mak cakap
nanti bila dah kawin
anggap mak ayah mertua seperti mak ayah sendiri
hormat dan jaga hati mereka sebaik mungkin
macam kita jaga hati mak ayah kita sendiri

Mak cakap
nanti bila dah kawin
takmo selalu makan kat luar
nak lahirkan zuriat yang bijak,pandai dan soleh
kena makan makanan yang dijamin halal,bersih dan berkhasiat

Mak cakap 
nanti bila dah kawin
jangan nak membebel banyak-banyak
jangan nak minta suami sediakan macam-macam di luar kemampuan suami
terima suami seadanya

Mak cakap
perkahwinan adalah tiket untuk seorang wanita masuk ke syurga
dengan hanya 1 syarat iaitu
TAAT

selamat malam semua

Sunday, April 8

Happy Sunday!

Assalamualaikum

Salam hari Ahad yang indah

Semalam aku ke PWTC 
ada Pameran Pengantin kengkawan
so excited sampai juling mata 

Apa yang aku suka pasal pameran pengantin ni
1. boleh buat pilihan
2. boleh survey harga
3. boleh rasa-rasa food caterer yang sedap-sedap
4. boleh dapat diskaun

dan semalam aku pun tak sure samada pilihan aku tepat atau tidak
tapi dari random review yang aku buat
vendor yang aku booked tu insyaAllah okay
harap-harap betul la jangkaan aku nih
hu hu

(hari tu ada booked kad printing + Wedding planner kat SACC, tapi rasa nak reject, sebab ...... tak suke!heks!)

Jadi,moral of story
biarlah sekali je korang pergi pameran
fikir panjang-panjang
supaya dapat stick dengan pilihan korang dan tak toleh belakang

okay la,nak wat benda lain plak
bye!


Saturday, March 31

Tuesday, March 20

Dugaan oh dugaan

Assalamualaikum

tajuk post kali agak mencabar sikit untuk aku tulis
dugaan oooooowhhh dugaan
mana ada hidup tanpa dugaan, bukan?
yer la kau aku bukan malaikat pun
yang membezakan samada kita berhadapan dengan dugaan besar atau pun kecik

opss sebelum tu nak iklan sat
Takziah buat keluarga Adik Dirang
Moga Adik Dirang di letakkan dikalangan yang solehah
Al-fatihah

Okay,sambung balik

this is what i feel lepas bertunang
rasa bahagia
MasyaAllah indah sangat
Kami banyak belajar untuk jadi pasangan yang matang sebelum menempuh alam perkahwinan
dugaan jugak sebab perlu mendidik hati supaya tidak lagi keanak-anakan
kurangkan emosi yang macam ribut taufan tsunami tu
banyak bersabar dan belajar positif
Alhamdulillah, apparently successful work 

dugaan kedua
bila harus berjauhan dengan tunang sendiri
(yer la takkan dengan anda pula LOL)
sekelip mata dah terjoin KELAB CINTA JARAK JAUH
memang mula-mula macam susah sebab tunang jauh
dan kerja malam pulak tu
bila ada emergency or ada benda nak tanya tak dapat call dan cakap dengan tunang sebab dia tido di siang hari
terpaksalah diriku ini menjadi seorang yang lebih berdikari
at the first place, memang payah jugak nak ikut rentak cinta jarak jauh ni
tapi once you dan join the club
kita akan rasa lebih BERDIKARI dan mampu berdiri di atas KAKI sendiri
(selama ni berdiri di atas kaki sapa?itu perumpamaan ya!)

Dugaan seterusnya adalah MONEY bebeh!
since tunangku baru jer berapa bulan kerja O&G
cabaran nak kumpul duit ni memang agak besar la bagi kami
sekarang baru terfikir kena kurangkan membazir
kena catu apa yang perlu
kena ikat nafsu bershopping..huwaaaaaa!
sapa taknak kawin cepat dik oiiii
kalau ada duit apa pun boleh

Its was not critical yet
but have to saving more this year
ecehhh speaking nkauuuu!

percaya percaya percayalah
Allah takkan bagi dugaan yang tak tertanggung oleh hambaNya

duit tu dugaan kecik
berjauhan tu dugaan kecik
gado-gado gedik-gedik tu pun dugaan kecik

dugaan dan cabaran yang lebih besar adalah selepas BERKAHWIN
so,b2b..
BE PREPARED ya!

Monday, March 12

Wedding dress yang I angankan!

Assalamualaikum

shomel sangat..

kalau saya kurus,memang design ni akan jadi pilihan..weee

Serius,cantik giler dress dia

dress 2 tones..cantik..the groom harus la berbaju melayu seperti gambar dia atas..baru la nampak tuff..hehehe

Gabungan Lace dan organza

kain dia sangat CUN!!

Sunday, March 11

Rindu Enchek Tunang


Malam ni rasa rindu sangat kat Nazri
sangat-sangat
baru tau perasaan berjauhan macam mana

saya adalah ahli kelab
"Cinta jarak jauh"
Heeee

Rindu yang mengukuhkan hubungan kami
InsyaAllah
berbaloi-baloi

Selamat Malam


Saturday, March 10

Veil untuk Di SEWA

Assalamualaikum B2B

saya dah bersedia untuk menyewakan item-item masa saya tunang hari tu..
buat pertama kali
saya akan menyewakan 

SOFT PINK VEIL



Harga Sewa :RM35 sahaja
Cagaran : RM70

Saya akan pulangkan RM35 kembali pada anda selepas anda pulangkan veil kepada saya.
Pengambilan 3 hari sebelum majlis.
dan pemulangan dalam tempoh 3 hari selepas majlis.
Cash on Delivery sahaja.
hanya untuk B2B yang berada di lembah kelang sahaja.

Email yottiesh@gmail.com jika anda berminat!

Terima Kasih!

Mari main KIRA-KIRA


Yaaa semangat ni nak menulis atas layout baru
(saja wat tulisan cakar ayam kat blog baru ni supaya pembaca mengHAYATI sket haha)

Haii!! Assalamualaikum
hari ni aku nak buat checklist budget untuk sebuah majlis perkahwinan yang menjadi dambaan dan impian setiap pasangan..chewahhhh!
Seperti yang korang tahu bukan senang nak coordinate and manage sesebuah majlis
tak kira la majlis apa sekali pun
even majlis pot luck kat ofis pun kalau main bidan terjun  buat je tanpa perbincangan 
aku rasa mesti tak berapa nak menjadi
tak caya cube try
hehe

tentulah yang pertama sekali korang kena fikir BILA?
DI MANA?
BERAPA roughly bajet yang korang ada?
BERAPA ramai jemputan?
MENU?
TEMA?
VENDOR-VENDOR yang akan berkerjasama dengan korang SIAPA?
dan yang lain-lain..

BILA majlis aku??..ermm..insyaAllah seperti yang dirancang oleh aku dan Nazri,
cuti sekolah bulan 3 tahun 2013
dengar 2013 tu macam lama jer lagi kan tapi sebenarnya tak lama sangat bagi aku
ada 12 bulan saja untuk aku siap sedia
date yang aku rasa sesuai ialah:


Nikah - 9hb March 2013 (Sabtu, lepas Asar)
Reception Aku - 10 March 2013 (Ahad & Dewan)
Reception Nazri - TBA (cadang nak buat lepas 2 bulan nikah)

TEMPAT berlangsung bagi nikah aku dah plan untuk buat kat rumah sahaja
tapi mungkin kami tak masak sendiri, amik catering je untuk makan dalam 70 org gitu
mungkin nampak agak leceh sikit buat kat umah berbanding buat kat masjid
tapi aku rasa buat kat rumah lebih better coz kalau sedara mara nak bising pun tak kesah
budak-budak nak lari-lari pun tak kesah sangat (tapi dalam ati kesah sikit ehehe)
makcik-makcik nak berborak pun tak de sapa nak marah 
kiranya
takde lah leceh sangat
yang lecehnya nanti nak kemas-kemas jer balik
(pengantin di kecualikan, takut kuku patah..ahaks)

Kalau boleh nak deco mini dais sendiri
nak yang simple tapi comel
baju pun nak yang simple dan tak makan kos yang banyak
lagipun kalau buat baju nikah grand2 confirm korang pakai sekali je
aku takmo
nak yang simple dan boleh bawak gi kenduri pastu

JOM kita kira kos untuk nikah sahaja

Kain Baju Nikah: RM100
Tempahan baju Nikah : RM 200 
Veil: RM100 
Tudung: RM50
Deco Mini Pelamin : RM300
Makeup: RM250
Eksesori: RM 50
Bantal Nikah: RM200
Catering: RM 6.50 x 70 = RM455
Hantaran: RM1500
Deco Hantaran: RM200

TOTAL: RM 3205.00 (ho ho ho)

Okay sekarang kita kira bajet kasar untuk majlis resepsi perempuan pulak
Aku plan nak buat kat Pusat Komuniti Koperasi Polis Fasa II
dah survey dan harga sewaan takde la mahal sangat
Jumlah jemputan 700 sahaja
jom kita mula!

Sewa Dewan : RM800
Catering: RM14.50 x 700 = RM10150 (inc. PA system, red karpet,kusi meja etc)
Pakej Pelamin: RM3000 (inc. Makeup, baju,arch,walkaway etc)
Request baju baru-add on: RM1200
Photographer: RM2000
Videographer: RM1500
Door Gift : RM1050
Kad: RM1040
VIP gift: RM300
Bunga Telur: RM100
Baju Flower Girls: RM 300
Baju Siblings: RM400
Baju Pengapit: RM100
Photo Booth: RM300
Candy Booth: RM 400
Guest Book: RM50

TOTAL: RM 21,640.00 (ho ho ho)

RM 3,205.00 + RM21,640.00 = RM24,845 sahaja

Wahhhhhh...$$$$$$...juling mata sat..ini majlis di pihak perempuan sahaja..belum kira majlis belah lelaki lagi..
harga yang aku letak di atas berdasarkan survey yang aku buat buat masa ni
masih boleh dapat lagi perkhidmatan mengandam yang berkualiti tapi harga berpatutan (harap2 la servis pun tiptop)
catering pun kalau korang pandai cari mungkin boleh dapat lagi murah
yang penting RESEARCH
(based on pengalaman orang lain lah..dorang cakap survey dan persiapan awal tu akan menyelamatkan anda sari kesulitan yang tidak diingini)

okay, jom mula menabung

TATA

Pelamin Impian ku
Source: Google

Tukar Layout YELLOWISH

Assalamualaikum
Wahhhh
see layout baru sehhhh

COMEL TAK?

semoga saya rajin mengupdate..

Sunday, March 4

Plan A

Theme?
off white for Nikah

Terqouise + Tiffany Blue + White for Reception 1

Purple + White Reception 2

Dewan

Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa II

Date

Raya Cina 2013 - ermmm
or 
Cuti Sekolah bulan March 2013?



Born Day 040313

Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur
terasa diri ini amat kerdil di bumi Allah tetapi masih diberi kesempatan untuk bernyawa
dan memperbaiki diri untuk jadi lebih baik

saya berharap usia 27 tahun ini tidak akan menjadi sia-sia
juga berharap di usia ini saya dapat menjadi lebih matang dan berjaya
lebih solehah
lebih kurus (sebab nak kawin tahun depan)
lebih bijak menguruskan wang dan masa
lebih sweet 17 (ahaks tetibe!)
lebih memahami
dan lebih berjaya dalam kerjaya

Ada beberapa yang nak di capai tahun ni..
harapan: semoga berjaya!aku boleh! 

Perbaiki diri dan amal soleh

Nak perbetulkan solat, jaga solat
taknak tangguh solat dah melainkan ada emergency
nak lebih khusyuk dalam solat
nak lebih banyak bersedekah (mak cakap kalau kita sedekah rezeki kita berlipat ganda)
nak merasa join majlis-majlis agama khusus untuk muslimah
nak berhijab dengan sempurna

Mulakan Diet dan Hidup Sihat

I really put on weight last year..dari 62kg sekarang dah jadi 71kg..haha..tau tak perasaannyer macamana?perasaan GEMOK laaaa..adui..walaupun berperasaan aku tetap jugak nak makan dan makan tanpa mempedulikan orang di sekeliling..tapi bila orang tegur aku GEMOK, aku peduli jugak la..pastu rasa la macam nak kurus..tapi malangnya nafsu makan yang salu menang..so di usia 27 tahun ni aku rasa kena lebih kuat dan tekad..kalau tak, memang la ni suma angat-angat tahik ayam macam tahun lepas..kalau tak kurus nanti nyesal tak muat baju perantin..i nak kawinnnnn..

so, I will start :-
Go to the gym 3 times a week + Jogging at taman bunga
say no to chicken, beef, lamb, ice, sweet & oily food, air gas and so on
sleep early (before 12 am kena tido) & wake up early everyday
Tawakal supaya stick to the resolution..yearh!

Personaliti dan penampilan baru

peh! macam artis nak kuar album baru pulak kan...hehe..yes!lepas struggle nak kurus mesti la nak cun dan ayu kan..tapi aku punye resolution bukan nak lebih stylo cun macam artis ke hape..tapi aku nak lebih terjaga dan mengikut syariat di dalam berpakaian..nak elakkan dari pakai yang ketat-ketat dan menjaga aurat dengan lebih baik..InsyaAllah..sikit je lagi aku akan capai niat ini..doakan yer ladies..

Saving

Tahun ni jugak kena usaha kumpul duit sebanyak yang boleh sebab nak kawin..aku tak boleh nak serahkan 100% belanja kat tunang aku sebab we all mengamalkan konsep sharing is caring..hehe..takde la..sebenarnya  kalau nak kawin memang kena sama-sama mengumpul lain la kalau korang kawin ngan anak datuk ke tan sri ke memang lah takyah kumpul duit..duit turun dari langit kot kan..tapi duit aku tak turun dari langit,tapi dari usaha dan hasil titik peluh yang halal..so tahun ni nak kurangkan shopping maniac, nak tutup mata je kalau jalan shopping mall ke apa ke..actually,aku tak la maniac sangat..cuma bila ada duit tu cam tak puas ati je kalau tak abis kan..hehe..ape celop aku?? tahun ni dah takleh dah boros giler camtu..ITS OVERRRRRR yatt..

Perkahwinan yang sempurna

InsyaAllah, aku dan Nazri dah plan nak nikah tahun depan..so ada masa nak kumpul duit bagi cukup..hopefully..impian aku, ofcoz la nak majlis kawin aku nanti sempurna dan berjalan lancar..so from now on aku dah start berdikit-dikit kumpul beli,booking apa yang patut..banyak mende nak prepare kawin ni..dan kalau boleh biarla kawin ni lebih sempurna, meriah dan happy..walaupun aku nak wat majlis simple and sederhana..doakan semoga lancar..

Haaa..tu je laa azam dan impian aku..
jumpa lagi





Monday, February 20

Dewan oh Dewan


Dewan oh Dewan
"kenapa masih tidak ku temu yang kosong?"

serius, bakal penantin dah start pening..aku call je fully booked..fully booked je aku call..
APER CHELOPPPPP?

takpe, ESOK cuba lagi..


Saturday, February 11

Post Moterm - Engagement Day

Assalamualaikum
yer la berhabuk blog beta ni
hehe sori blog, i takde masa nak update
bizi bizi bizi

okay tanpa membuang masa
its time for me to list my 'true and error' on my engagement day
rasanya terlalu banyak yang perlu diperbaiki untuk masa akan datang
even though saya tak buat last minute keja untuk majlis tunang hari tu
but still ada yang rasa cam terkurang dan tak puas ati
apa-apa pun memang susah nak puaskan hati semua orang
syukur Alhamdulillah dah selamat pun
dan dah sebulan lebih pun jadi tunang Nazri
so far rasa cam sama jer cam bercinta dulu but more serious and loving la
haha
both are trying to be not so emotional and fighting for small thing lagi
and we are learning to be a mature couple, insyaAllah
doakan yer!

okay dearies,
jom kita geledah what happens on that day

Kes 1 : Baju dan Tudung

Baju saya hari tu agak longgar sikit, so kena letak pin banyak2 kat belakang..rasa macam 'kurus kah aku' pada hari tu..haha..yer la, masa baru ambik hari tu tak pulak rasa cam gedebeh..mungkin yer la kot turun sikit berat badanku sebab berapa hari makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak lena kan..yang kelaka tu kena tambah span bahu,puas la aku gi potong span baju kurung lama pastu pi pin kat baju tunang tu..hahahaha..macam apa je..

Tudung lak, ada 3-4 helai memang standby beli banyak-banyak sebab dah agaknyer,nanti last minit mesti nak pakai tudung lain..so malam sebelum tunang tu puas la saya dok tampal manik kat tudung kasi bling-bling sket..rabak mata tido pukul 3 pagi..

Kes 2: Bunga Tangan

Kalau korang tengok previous entry bunga tangan saya lain kan?but on that day,saya pakai bunga tangan lain..harharhar..sebab?sebab hantaran tak cukup bunga la,terpaksa la guna bunga tangan tu..bunga je dah berabis beratus kot..lain kali nak pakai fresh flower je la, baru singgit sekuntum..tapi tak kesah la,bunga tangan tu wat posing-posing tangkap gambar aje..hehe



Kes 3: Tukang Masak

Bab ni memang agak berangin sikit..takpe sabar je la yer..dugaan kot..orang lain yang diharapkan orang lain yang datang bertungkus lumus..padahal bila kenduri kat umah depa,bermati-matian kami tolong..eh, takde la bermatian, tapi sehingga nak pengsan la..sian mak saya,terpaksa buat semua sendiri..mujur maklong dari kampung datang tolong..kakak and ipar pun ada tolong sampai pagi tak tido..kesian..nasib baik suma lauk-lauk cukup on that day..Alhamdulillah

Kes 3: Goodie Bag

Hah! nasib baik kakak sedara datang tolong settlekan my goodie bag, kalau tak tak tau la aku abis ke tak buat menda tu..tu la gatal sangat nak bagi goodie bag la hape la..amik ko..again, ujian Allah..mungkin sebab saya salu tak pikir panjang dan suka membazir..memang banyak la duit abis kat goodie bag ni..dengan nak letak riben bagai, pastu nak tepek bunga bagai..pegi la cari bunga banyak-banyak semata nak letak kat goodie bag ni haa..macam retis weyhhh..hahaha..tapi takpe la..betunang sekali seumur hidup..experience sebenarnya..korang jangan la nak ngumpat kata tak cantik la, ntah ape-ape la dalam tu,membazir la..yer..penat wooo buat kotak tu..haha..padan muka i..lesson learned..lepas ni memang tak bagi dah door gift yang susah-susahkan otak nak buat..

yang paling saya tak puas ati, kek coklat yang saya order..serius macam hampeh..rasa nak pulangkan je kat akak tu dan mintak balik duit..buruk giler dan tak sedap..memang tak la nak order kat dia lagi..petang tu jugak saya gantikan dengan bahulu mini,beli kat kedai depan..sapa yang dapat kek coklat yang ntah hape-hape tu mintak maaf la yer..tak sangka pun jadi camni..


Kes 4: Makeup

Thanks to Julifihana sebab makeover me cantik-cantik
saya suka eyeshadow dia..
cuma bulu mata berat sangat dan tebal sangat..over all, OKAY!

Kes 5: Photographer

Ermm..rasa tak puas bergambar..balik-balik posisi yang sama..style senyum yang sama
my photographer asek snap serentak dan hasilnya yang banyak gambar yang sama..pastu letak dalam album suma muka yang tembam..ni yang tak berapa nak suka ni..hehe..

Frankly said, tak berbaloi la RM400 then gambar tak banyak..supposely saya posing sampai senja, baru la syiok..gambar campak bunga ke..gambar melompat kegirangan ke..gambar tongkat dagu sambil memandang syiling ke..ni suma gambar skema..candid pun tak banyak..

Anyway, thanks la kat Ajip..

Kes 6: Pihak rombongan lambat

Sekali lagi di duga, rombongan lelaki sampai lambat..dan paling sedih, sirih junjung tertinggal sebab tok penghulu yang bawak sirih junjung tu keta dia rosak dan tak dapat datang..huhu..

Kes 7: Mini Pelamin

Lain design yang saya mintak, lain yang saya dapat..dah la mamat yang pasang pelamin tu moody semacam..orang dah bagi awak duit, awak layan customer macam tu..pastu tak tanya pun boleh ke tebuk dinding ke tak..main suka hati dia je drilled dinding umah orang..memang la hanginkan..tapi sebab dah malas pikir, saya redha jer la..malas nak sound..cehhhwah..dah la dengan design pelamin yang sesimple2nya..buat sendiri lagi cantik kot..buat tensen je orang tengok..

Meh sini nak nasihat sikit kat Hubiela creative yang tak berapa nak creative ni..lain kali kalau pegi rumah customer jangan nak moody2 sangat..dengar la cakap customer kalau dia tak suka u oll pasang senget ke, platform berbunyi2 ke..dengar..kita sama-sama orang melayu..sama-sama la berbudi bahasa..tau la awak amik job pasang pelamin 10 umah 1 hari, tapi ingat sikit customer is always right..kalau customer nak design yang tu,u kena ikut la..bukan ikut suka hati u..haiyooo..memang tak recommended la kalau kawan-kawan tanya..


------------------------------------------------------------------------------

Apa-apapun,Alhamdulillah majlis lancar..

Yang selebihnya saya rasa okay..mintak maaf, bukan nak burukkan sapa-sapa atau mengaibkan diri sendiri..cuma ingin berkongsi sikit pengalaman saya..setiap majlis perlu ada persiapan yang rapi..walaupun kecik ke majlis tu, mesti ada dugaannya..baru tau,bukan senang untuk buat majlis macam ni..harap Allah lebih pemudahkan perjalanan saya selepas majlis atau pun yang paling afdhal selepas berkahwin..coz i know banyak rintangan yang perlu dihadapi selepas kahwin nanti..so bride to be!get ready yer..semua error ni jadi tanpa diduga..sometimes kita rasa suma dah cukup last-last ada je yang tak di ingini berlaku..yang paling penting, berdoa la agar semuanya selamat dan dipermudahkan..

always ingat "Things happen for a reason"

so kena tabah dan tabah dan tabah

Alhamdulillah on that day hari sangat cerah dan indah..

Daisypath Anniversary tickers