Sunday, June 10

Berjumpa lagi selepas 3 bulan


Assalamualaikum
Esok encik tunang akan ke Kota Kinabalu
InsyaAllah kali ni lebih lama dari biasa
3 bulan 
apa??
3 bulan??
ini reaksi pertama saya bila dapat tau berita ni
saya kira itu tempoh yang sangat lama
kalau kira-kira lepas 3 bulan encik tunang pulang tinggal 6 bulan saja untuk persiapkan semua persiapan
hati ni mula dah cuak, ye la sebab sorang jauh di sana sorang terkontang kanting di sini
memang saya harus persiapkan diri untuk buat semua sementara tunggu encik tunang pulang
hurmm,hari tu saya ada kata nak pegi beli kain for nikah kan
heee tak sempat lagi
Mei hari tu kalut dengan board meeting, pastu kenduri tak abis-abis sampai la ke Jun ni
saya banyak attend kenduri sedara mara sebab jadi driver mak setiap sabtu dan ahad
so ikut je la
itu pun banyak jugak jemputan yang saya tak dapat penuhi 
sebab kaki saya ada dua aje..hehe..tak sempat nak terkejar sana sini
i'm sorry
wish semua mempelai (kawan ke sedara ke) bahagia kekal ke akhir hayat

berbalik pada kisah encik tunang saya yang dicintai ini,cheh!
minggu lepas kami dan family kedua belah ada buat sedikit perbincangan tentang tarikh pernikahan dan resepsi kedua belah pihak
Alhamdulillah, tarikh 15.3.2013 tu muktamad untuk kami langsungkan pernikahan
FMIL kata rombongan dari Gemas akan datang 1 bas
so, saya perlu prepare homestay buat pihak lelaki nanti
rombongan pihak saya ke majlis resepsi rumah pengantin lelaki nanti mungkin dalam 6-7 kereta jer
so,bila tarikh dah sepakat ni harap mudah la nak mula bekerja
nak mula pergi jumpa butik pengantin
ukur baju dan hantar sketch pelamin idaman
saya impikan majlis yang simple tapi menarik tertarik kau memang da bomb!
heee..gurau
less is more,tapi biarla majlis saya itu dapat dikenang oleh semua jemputan yang hadir

Maka pada bulan ini, saya rasa saya dah boleh shopping sikit-sikit barang-barang door gift
buat sikit-sikit projek DIY 
hurm,itu je kot dulu

okay la,nak siap-siap dinner with encik tunang sebelum beliau terbang esok
TATA

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers