Saturday, December 17

Wordless Sunday

my 'comelssss' hand bouquet hiks!

6 hari lagi!

Assalamualaikum
wahhh 6 hari lagi jer nak bergelar "Cik Tunang"
omakaihhh..nervous la pulak
tak dapat bayangkan saat-saat berdebar bakal ibu mertua nak sarung cincin
dah la saya ni gigil sket
waduh
seram jugak aih!

hari ni dah selamat gi beli cincin
Alhamdulillah jumpe dah cincin pilihan ati
terima kasih Cinta
he he he

Pastu tadi pergi cari baju kemeja Pink Nazri
jumpa jugak and he is willing to wear it,yeay!
sepadan la kita nanti
tapi sure Nazri malu-malu kucen nanti he he he

Semalam my bosses bagi present for my engagement
bertunang pun dapat hadiah!
he he he terharu kite
dorang bought me makeup set from Clinique
suke!suke!
Thanks Juhanna, En Zam & En Syed


persiapan Alhamdulillah dah 80% siap
tinggal nk deco hantaran
dan nak pack goodie bag
tunggu orang dah ramai kat umah baru start buat
boleh la agih-agihkan keje kan
he he he lagi

semoga majlis saya berjalan dengan lancar
cuaca baik
takde ape-ape yang tak baik berlaku
sederhana tapi meriah
dan dapat buat family kedua-dua pihak happy

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:

Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).

Sunday, December 11

13 days left: Checklist

Assalamualaikum

Dekat seminggu tak update blog..minggu ni agak sibuk sikit..plus kaki injured terlanggar katil..huhu..shian saya..pastu nak siapkan appraisal..fuh,takde masa nak update..apa pon tak boleh!..semalam baru start gunting riben untuk decorate goodie bag..simple je..tapi riben tak cukup la pulak..malas sungguh nak gi Jalan TAR beli..kedai kat gombak ni ada jugak,tapi taktau la harga mahal ke tidak..nextweek jer la beli..insyaAllah sempat..okay,things dalam checklist dah banyak yang siap dan akan siap..nama pun bertunang kan,so takde la banyak sangat yang nak di kejarkan...so far so good..slow and steady..wink!

1. Baju Tunang + Veil + Tudung + Brooch = DONE

2. Mini Dais = booked (balance deposit RM200)

3. Hantaran = Tunggu Kazen (kak Ciah) pulang!

4. Kek for goodie bag = ordered!

5. Make up artist MUA = booked (Julifihana)

6. Hand Bouquet = last minute! dah siap pun!

5. Langsir = DONE

6. Kain Baju Melayu for Hantaran = DONE!

7. Choclate for Hantaran = Nextweek!

8. Toiletries for Him = DONE

9. Photographer = Booked (Razif Masri)

10. Take out Box for Goodies = DONE (oleole manis)

11. Kek for Hantaran = ada orang sponsor! =P

12. Dulang Hantaran = pinjam sis in Law

13. Sireh for Hantaran = amik kat umah jiran je nanti!

14. Fresh  Flower for Sireh Junjung = Petaling Street, last minute!

15. Alas Hantaran = DONE

16. Print sticker = Nextweek!design done!

17. Candies + choco + puding for Goodies = DONE


Monday, December 5

Toiletries Set for Him

Assalamualaikum

tengah fikir, apa nak kasi si dia ni

Body Shop?
Kiehl?
Crabtree & Evelyn? (i love this brand!)
Adidas?
Loreal? (Aaron Aziz!)
Himalaya? (tak wangi arr)
Garnier for Man? (Fahrin Ahmad!wow)
Skin Food?
The Face Shop? (Confius dengan Body Shop)
La Mer?(mahal!memang tak laaaar)

Peh!!!

Mari kita survey, skang kan promotion for Christmas
Mesti ada set gift yang murah dan best kan
hurmm yummehh!










Sunday, December 4

In Love With Room Deco

Assalamualaikum

saya jatuh cinta
jatuh cinta dengan room deko
bestnyer kalau ada rumah sendiri
boleh pilih furniture yang cantik dan ala-ala english style
i love love love english style
antik 
sweet

oh!


boleh tak nak transform bilik jadi macam kat bawah ni?
-----------------------------------------------------------










Saturday, December 3

What a GOJES??!

Flower Cuppy Cake
Gojes kan??

I WANT IT !!!!!!!!

21 Days: Hantaran deco dan collect baju tunang!

Assalamualaikum
penat giler today
from gombak to Bukit Jelutong
siap sesat-sesat
kononnya nak jumpa kak Nardea (oleole Manis) nak collect my take out box
rupanya kak Nardea dah confius
dia ingat saya nak tengok contoh box
pastu dah cite-cite kat dia "saya la yang sesat gi umah akak last week sampai dah frust terus balik,hehe"
baru dia teringat
"alamak,dik box adik tinggal kat umah,akak confius sudah..so many yatt la yang contact"
so takpe la..hari selasa ni Nazri je yang akan gi collect box tu dari kak Nardea
since office Nazri pun dah kat Puchong so dekat sangat la dia nak gi Seri Kembangan kan
so i leave it to him
(berapa banyak SO laaaa)

Next, pergi Subang jap coz Nazri terlupa nak amik beg dia
pastu terus straight gi KL
traffic was crawled very bad today walaupun hari ni hari sabtu
slow macam siput sepanjang jalan
sampai Jalan TAR parking pulak payah
fuhh!memang tension
pusing-pusing jumpa parking kosong kat sebelah ofis KWSP
ada pulak mamat india dok promote spray cermin keta apekejadah
Nazri pun rajin pi layan dia pot pet pot pet
akhirnya terbeli jugak..haha
ntah nyer tidak mamat india tu

okay la abis cite pasal parking
kami pun jalan la ke semua house
biasa la sabtu kan pasar malam kat situ
kul 2 dah start sesak ngan orang ramai
kami gi Semua House sebab nak amik baju tunang saya dah siap
nasib muat!
haha
so ati pun suka la walau pun sedikit berkecamuk sebab kena bayar mahal kat aunty tu
rabak wey rabak!

saya kasi share teaser dulu
hehe takleh bagi tengok semua nanti tak surprise


pastu singgah pulak kedai bunga riben
kat rumah rasa macam banyak benda je nk beli
tapi sampai sana terus jadi blur
haha
pelik larr!apesal macam tak tau nak pilih ape je bila sampai situ
pusing kat 5-6 kali dalam kedai tu tapi blank
last-last baru teringat ada checklist dalam purse
baru la tau ape nak beli
artificial flower kat KL lagi lawa dari kat Nilai
tapi ari Jumaat saya dah terbeli kat Romantika Wangsa Maju sebab tak sabar sangat
aduyai!nyesal
pastu baru dapat tau,fresh flower sebenarnya lagi murah dari artificial flower
berkecamuknya ati!
huhu..takpe la..saya akan beli fresh flower untuk tepak sirih nanti
saya mesti kena pegi Petaling Street sebab ramai B2B cite kat situ murah and banyak kedai boleh pilih-pilih sampai  pengsan (sebab cantik la)



Last destinasi untuk hari ni, pasar borong Selayang
hehe
beli ikan
wee
tak tak 
sebenarnya saya gi beli kepok kering untuk Nazri
nenek Nazri nak bawak balik Sarawak esok
nasib baik jumpa

so setakat itu la cerita hari ni
buat masa ni persediaan almost done 75%
Alhamdulillah
harap semuanya lancar
Amin

Monday, November 28

Wordless Monday

Assalamualaikum

Hari ni adalah hari membeli riben sedunia


My inspiration.. .. .. ..


My very Beautiful Mom

Assalamualaikum

HM kalah lagiiiiii
sedih sedih
saya tak tengok sangat tadi coz layang drama maal hijrah

takpe la, cuba lagi ye HM
kalah menang adat
so fan kat luar sana jangan nak kutuk-kutuk ye
kita support mereka tak kira kalah or menang
tp i wonder..kenapa Fakri tak main malam ni
dan sebab tu la kalah kot
hiks

juga, malam ni Nazri tido awal
penat sangat la tu kot
padahal katanye dok umah jer tak gi mana-mana
saya yang dok bertungkus lumus bersihkan banjir tadi rilek je
mungkin saya terlebih makan multivitamin kot
hmm..now i wonder..

oh takpe,sebab mata masih terbuntang
kasi update sikit ini blog

dan semalam adalah hari jadi Mak
muga Allah panjangkan umur mak
anugerahkan mak kesihatan yang baik
panjang umur
Nor sayang Mak
sangat-sangat sayang
Muuuaaahhhhhh!

kasi share sikit gambar birthday bonda tercinta

comel kan bonda i..like mother like daughter..ecewahhh

danish kata "nenek, tu cherry bukan lilin"

krim aje yang dia makan

danish suap nenek dia..so comel..(muka notiiiiieee..esh nak geget!)

jemput makan..jangan sogan..

dan sekarang mata saya dah mengantok
saya mau tido
mintak-mintak tak mimpi harimau MUDA
he he he

p/s: adakah kekalahan bola tadi berpunca dari gosip Apex yang paling latest?? dasat jugak Apex ni ya..
now i wonder again...

till then, Good nite!

Wednesday, November 23

Day 32: GIFT for YOU

Assalamualaikum

Takde rezeki Harimau Muda menang malam ni
takpe la..mesti dorang penat sebab bermati-matian collect 1 emas untuk malaysia hari tu kan
apa-apa pun kami tetap sokong HM..
Auuummmmm

Okay
tutup kisah bola
just nak share my idea for gift
and just ordered from Ole Ole Manis
chinese take out box
actually dah lama usha box ni
baru sekarang dapat beli hehe
sebab dulu tak tau bila kawin or bila tunang haha
ni special utk jemputan saya dan pihak lelaki yang datang nanti
saja nak bagi special kat u olls
saya memang fanatik sikit benda-benda macam ni
and i am a perfectionist!!
kalau boleh semua nak ikut tema (sayangnye langsir saya warna merah coklat haha hancus)
semua nak cantik
semua nak perfect kat mata
senua nak kena ikut plan dan idea saya haha
tak kisah kena berkorban wang ringgit
nak jugak nak jugak
teruknyerr..adakah semua ini satu investment untuk masa depan?

saya masih sedang cari idea nak isi apa dalam take out box ni
sabtu ni akan jumpa kak hadya kat sri kembangan nak collect box ni
pastu nak cari riben
nak cari wrapper
nak print "thank you" tag lagi
oohh banyak nyer kijo
nak beli candies lagi
nak order cuppy cake lagi (kang aku buat sendiri je kang!)
peh
kena buat checklist yang ke 5
ada je yang sub-sub barang yang kena prepare
semakin hampir semakin banyak benda nak buat
hu hu

okay
ni ada beberapa idea untuk hias take out box
yang sangat comel dan menjamu mata
hope saya larat nak buat menda ni sorang-sorang
mampukah saya?
takpela
pelan pelan kayuh yer..

korang tengok la design box ni

hope i can make it for my E-day

till then,jumpa lagi







Monday, November 14

Kisah K.A.M.I

Assalamualaikum

Genap dua tahun kami berpacaran sebagai kekasih..pantas lor masa berlalu..pejam celik celik pejam dah dua tahun..Alhamdulillah tahun ni kami akan mengikat tali pertunangan setelah 2 tahun menempuh alam percintaan yang berliku dan penuh suka dan duka..actually takde yang berliku sangat pun, Alhamdulillah..cuma gado gado biasa tu normal la kan..sedangkan lidah lagi tergigit..

Let me story sikit tentang perjalanan kami sebagai kekasih..ecewah..poyo ler pulekkk..okay,serius!..kami sebenarnye telah dikenalkan oleh sepupu tiriku Juliza Zainal..Nazri satu skool dengan Juliza masa kat Gemas..Ntah tak tau napa si Juliza ni sakan sangat nak kenalkan kami..mula-mula dulu dia add kat friendster..time tu friendster lagi femes dari fesbuk..tapi saya tak penah pasan pun si Nazri ni..haha..so takde la nak bertegur sapa pun dengan dia..dah tak kenal kan..bior je la dia dalam friendster tu..so bila fesbuk dah mula melonjak femes time tu..i mean masa tu tahun 2009..si Juliza ni pun bagitau la nak kenalkan dengan kawan dia bla bla bla...mula-mula time tu saya rasa biasa je..biasala orang nak kenal-kenal ni,tak bajet pun nak bercintan cintun pun masa tu..lagi pun masa tu luka ati berdarah baru nak betul-betul sembuh..ecewah!berdarah weiiii..haha..nampak nau frust tertonggeng..okay okay sambung..so bila dah add saya tunggu la jugak nazri ni "hi" kat saya..dia buat derk je..eh tak leh jadi ni,saya pun hai la kat dia dulu..bajet Nazri ni lelaki pemalu kot so takpe la saya hai..just to be a friend tak lebih dari tu..start dari situ makin sakan lak berbalas mesej kat FB..lama-lama kami pun bertukar no telefon...

Sape yang call dulu?tentulah Nazri..lelaki haruslah gentleman kan..hehe..so first time dengar suara dia memang nak pengsan..very softspoken dan macho tau..haha bajet puji boyfriend sendiri la kan..tapi serius..saya suka cara percakapan dia dan tak pernah berubah pun sampai saat ni..Nazri ni celik IT sikit...dia memang bestari terer bab-bab komputer ni..kebetulan masa tu PC saya buat hal..saya pun mintak la tolong Nazri tolong betulkan...dan tetiba..di dalam kereta..selepas hantar Juliza balik ke kampus..(Juliza temankan masa tu,mana boleh dia datang sorang kan..hehe)..Nazri tanya kat saya.."Yat, sudi tak awak jadi gadis yang special dalam idup saya?".."hah??"..menggelabah sekejap.."ermm..kita cuba dulu awak"..itu yang saya katakan pada dia..at the first place memang saya sendiri tak berani nak berjanji sebab belum betul-betul kenal hati budi masing-masing kan...tapi yang paling saya ingat, first date kami...dia terus tergamam..ecewahh..bajet time tu i kurus giler u..hahaha..so dia pun terkedu sebab konon-konon ngedate dengan Nasha Aziz...hahah..tipu tipu..saja bagi korang muntah sikit..lepas date makan pizza hut kat klcc tak silap..saya dah naik kereta nak balik,then Nazri text me..dia tulis "saya akan dapatkan awak walau macamana pun"..WoW..

dan sebenarnya saya pun dah terjatuh hati dengan dia..Nazri totally berbeza dengan lelaki-lelaki yang saya kenal..mula-mula dia agak skema sikit..biasala, semua harus di control..same goes to me..control ayu memanjang..tapi lama-kelamaan segalanya terbongkar..tidak ada rasa cover-cover dalam diri kami..dan kami sentiasa menjadi diri sendiri..honestly, Nazri memang lelaki yang baik,taat dan bertanggungjawab..dan dia jugak sangat sabar dan pelembut orangnya..dia yang banyak mengubah saya untuk jadi gadis yang lemah lembut sebab sebelum ni saya agak ganas tak hengat..sekarang ni ada la sikit sifat kewanitaan tu kat dalam diri ni...ehehe..thanks sayang..terlalu banyak kebaikan Nazri kalau saya nak tulis kat sini..tapi better saya je yang tau sebab nanti kang korang kata apa pulak..haha..ye la..dia belum sah menjadi milik saya..dan tentu tuhan akan menguji kami dengan pelbagai dugaan..bagi saya..saya tidak perlukan lelaki sehensem Aaron Aziz sebab Nazri lebih hensem dari dia..tak perlu lelaki tuff seperti Fahrin Ahmad sebab Nazri pun tuff what..saya cuma perlukan lelaki yang tak pernah lelah memenangi ati gadis bernama Yatt..dan sentiasa mencontohi sifat Rasulullah...kerana saya jugak ingin menjadi yang terbaik untuk dia..kini dan selamanya..heeeeee..syahdu!

itu lah kisah pertemuan kami..sampai sini je kot saya kongsikan dengan anda..nanti la kot-kot rajin nak type part 2 pulak ke..kot la..argghhh..penat nak abiskan perenggan..bubbye !

kisah 11.11.11

Assalamualaikum
wow
tinggal lagi 40 hari je saya akan jadi tunangan orang
OMG!
pantas sungguh masa berlalu
banyak benda tak beli lagi ni
wow wow wow
rileksnyerrr la
yang paling ketara saya dah mula malas ke gym
huhu
makan makan makan semahunya tak hingat
mau tak muat baju ni nanti
huwarggghhhhh (menangis siap-siap!)

camtu la saya kalau pressure
ada orang kalau stress makan tak nak
tapi saya terbalik
kalau stress makan tak hingat kalah blue hyppo..erk!
masalahnye saya stresss ke??
elok je tengok
haha
haih tak paham la

okay jom cerita pasal date 11.11.11
cantik kan date tersebut?
semua bakal raja sehari confirm nak cari date yang senang nak ingat atau lebih senang kata simbolik
for me,kalau date-date yang sama nombor ni senang nak ingat
so si suami takde lah lupa date annivessary nanti
kan kan kan
maklum la lelaki kan mudah lupa susah nak ingat tarikh-tarikh ni

dan sedia maklum, akan ramai la bakal mempelai yang berebut-rebut nakkan tarikh yang unik ni
dah jadi trend dah kat malaysia ni
maka, pelamin catering baju pengantin dewan semua kena book awal
kalau boleh setahun sebelum
kalau last minit memang tak dapat la
sandinglah kamu di bawah pohon kekabu beringin
dan hari tu jugak manusia-manusia yang dijemput perlu menyediakan perut kosong sebanyak 5 tong
sebabnya kena pergi rumah pengantin sampai 5-6 umah
melantak nasi minyak tak hingat donia
giler la perut tong!

tapi yang paling best
duit hantaran pun nak ikut tarikh
RM11,111,111.11
WoW
boleh beli 5 bijik banglow weyyyh

jadi..sebenarnya nak cita
tahun depan 12.12.12 jatuh hari RABU..yey!
ada ke orang nak nikah hari rabu?takde kan
kalau ada pun korang takleh pegi sebab kena keje..melainkan pengantin wat makan-makan belah malam
boleh la korang save duit dinner korang hari tu kan
best best best

so apakah tarikh pilihan saya?
jeng jeng jeng
ikutkan hati memang taknak tunang lama
bulan 6 nak terus nikah abis cita malas nak pikir dah
tapi atas faktor kewangan yang harus gigih untuk di cukupkan
saya bercadang tahun hadapan tapi hujung tahun
maksudnya, less than a year la
takmo 2 tahun sebab seksa nak tunggu haha
dugaan pun besar jadi takmo la lama sangat
kalau 10.11.12 cantik tak?
jatuh hari sabtu tu
confirm bukan saya jer yang terfikir tarikh ni
mesti bride to be kat luar sana dah cop date ni
so...apa lagi
CONFIRMkan cepat wahai encik Nazri

okay la
sampai sini jer dulu
nanti tulis lagi yer..

last but not least
meh review kasut pengantin
kita cari idea untuk pakai pada date 10.11.12 tu
hiks;p





Thursday, November 10

Long Time No Story

Assalamualaikum
"Long Time No Story"
lamanyeeeerrr awok tak hapdet blog ni
rasa janggal lak nak menaip..hehe

Actually takde idea nak tulis apa
eh,idea ada tapi takde masa nak tulis apa
tapi
hari ni rasa nak hapdet pulak
hari tu time-time ada idea blog pulak kena serang malware
potong line jer time tu nak update
heehe

okay la B2B hari ni saya nak bercerita pasal bunga tangan
tengah "mengonggah" idea ni nak buat bunga tangan macamana
actually saya dah plan nak DIY jer
tak payah la nak upah orang buatkan
kononnyer nak save budget la kot
kita tengok nanti samada save ke tak save budgetnyer
pandai sangat kan nak buat sendiri..weeeee

sangat suwiiiittt kan hand bouquet ni..owh PINK!!

pengsan!suka bangat!

ini pun menarik..tapi besar sangat..kalau saya memang tak la..sebab GANAZZZ

cantik kan color combination dier..cop yang ni!=P

insyaAllah saya akan guna bunga plastik je nanti
nak beli bunga hidup takut tak sempat guna dah layu
maklum la aircord umah ni dah rosak
takde maunya bunga tu tahan lama nanti
so kalau sekuntum RM7.00 agak-agak kalau beli 12 kuntum cukup ker
hehe..cerkire..cerkire

Apa-apapun kita tunggu hasilnya nanti
by the way!
saya jugak terbuat janji dengan my BFF Ann untuk buat bunga tangan dia
weeee..tak promise jadi cantik ke tak
tapi saya try la ikut buku sebagai rujukan
(dalam kepala kata "kacang yooo!!")
tunggggguuuuuuu

Congratulation my dear Ann
she's getting married soon!
but damn!same date dengan my engagement
dua-dua taknak beralah cari date lain, so let it be
tapi frustnyer tuhan je tahu sebab saya tak dapat tengok Ann akad nikah
makesure dia send gambar nikah dia kat saya
kalau tak, memang siap la dia
haha

Eh cop!sebelum saya publish
rasa nak berangan pulak
korang!santek tak kalau saya pakai macam ni waktu nikah nanti

simple but very nice..tak sarat dengan manik-manik
hurmmm..will mark this in my mind!

p/s: tahun depan la kot nikahnyer..kalau rezeki murah..hiks!m.u.d.a.h-m.u.d.a.h.a.n

Saturday, October 29

Update 1 : 30% progress done

Assalamualaikum b2b
lama sungguh tak update blog ni
so today teragak nak update
jadi harus la teruskan niat itu
hee

okay kain pink for my engagement dah selamat dihantar tempah
saya hantar kat Diana Ling @ Semua House Mall
memang terlari budget sikit la tempah kat auntie tu
hope dia jahit elok dan muat comel di badan saya nanti
kalau tak..Auntie ganti balik baju I
kekekekeke

Tudung tunang pun dah siap
saya beli tudung awning kosong kaler soft pink kat jalan TAR RM10 je
pastu untuk mempercantikkan lagi
saya tampal batu swarovski  sendiri
haha pecaya la sangat batu swarovski kan (betul ke eja?lantak..)
kos beli batu blink-blink itu ialah RM40.00
sekarang tudung tu baru je basuh
nanti dah kering saya pastekan gambar for review okay

Lastweek sibuk shopping barang hiasan bilik kat Romantika Home Decor, Selayang Mall
rambang mata babe
tapi dapat beli sikit-sikit je dulu sebab nak tempah langsir and beli cadar
baru leh suai padan dengan hiasan bilik nanti kan

my cuppy cake akan disponsor oleh my beloved Cousin
tu untuk hantaran
tapi untuk door gift pihak belah lelaki
saya akan buat sendiri cupcake perisa vanila
malas dah nak pikir nak order-order ni

untuk Mini Pelamin jugak dah siap di booking
InsyaAllah, Hubiela Creative akan berkerjasama dengan saya untuk majlis tunang saya
murah je kawan-kawan RM350 jer
mana nak dapat price ni kat KL
hope hasil tangan Nabila @ owner Hubiela akan memberi kelainan dan kecantikan pada pelamin mini saya nanti..chewahhhh

MUA jugak dah booked
my bestie Julifihana yang akan makeupkan saya nanti
bakal mummy dia ni
tak sabar nak tunggu dia conteng muka saya
pasti kelas Jah!
contoh kerjatangan Julifihana..i Loike!

Photographer @ OP untuk Eday saya InsyaAllah saudara
Razif Masri
kenal dia masa sama keje kat OUM dulu
dah discuss mintak tawar,dia bagi special package kat saya
hehe best best
Alhamdulillah

Lega 30% done
56 days lagi

marilah kita mencari langsir dan cadar simple untuk minggu ini

Okay..stop di sini saja!

Wednesday, October 5

Engagement Theme

Assalamualaikum
am taking emergency leave today
mak tak berapa sehat + pinggang dia sakit coz tergelincir pijak air sabun semalam
hope takde apa-apa yang serius
mudah-mudahan

so,hari ni nak cerita pasal tema engagement saya
SOFT PINK + CREAM
sweet tak?
tak tahu la sejak bila dan di mana saya mula minat kaler pink ni
dulu-dulu cukup menyampah siap kutuk-kutuk lagi kaler pink
tapi skang, haaa hamik karma
tiba-tiba rasa suka gilerrr
sampai skang dah ada stokin pink
towel pink
baju pink
lappy pun nak pink
wehehehehehe
sweet sangat

InsyaAllah Sabtu ni saya akan hantar kain untuk ditempah
nak tengok kain nyer?
hehehe
maluuuuuuuu..upsss ter'gedix'

dari lapisan bawah:
Satin 5 meter
Beads chiffon 2.5 meter
Ready made veil 


Update lagi malam ini


Sunday, October 2

1.10.2011 - perbincangan ke2

Assalamualaikum
Alhamdulillah
semalam perbincangan kedua antara keluarga saya dan Nazri telah mendapat kata putus
24.12.2011 akan menjadi tarikh bermakna buat kami
kami akan disatukan sebagai tunangan
harap-harap semua akan berjalan dengan lancar
now sedang set persiapan dan timeline
fuhh,baru nak tunang dah pening
terlalu banyak yang nak disiapkan
maklumla saya ni boleh dikatakan cerewet jugak
hee..maklum la sekali seumur hidup kan
mesti la nak buat betul
plus saya sangat sukakan kesempurnaan
tapi eloklah bersederhana supaya boleh simpan duit untuk kawin
weee=)

persediaan pertama
pergi GYM
yeeehu..saya dah join member True Fitness
dah 3 times workout dengan trainer
fuhh,bantai sakit badan jugak la coz lama giler tak exercise since dah ada boifren
hehehe..lama tak lama?
ni tengah berkira-kira nak amik trainer ke taknak
sebab free session dah abis..huhu
kalau takde trainer memang lost sikit la sebab banyak machine and equipment kena tau guna
teknik dan cara yang betul sangat penting
kalau tak boleh terseliuh tergeliat dan sebagainya
tapi yer la
sama je macam kalau anda amik pill diet or masuk slimming centre
personal trainer pun menggunakan kos yang banyak
tapi berbaloi kot sebab dia akan pantau makanan kita at the same time kite dpt exercise dengan cara yang betul dan sihat
so sape-sape nak kurus tu
kalau azam tak kuat nak diet dan jogging tiap-tiap ari
bolehla subscribe personal trainer
heeee
saya tak!

entry akan datang
tema dan citarasa saya

until then,
bubbye blogspot!




Wednesday, September 28

Blog yang takde header

Assalamualaikum
syukur dapat buat blog yang baru
blog untuk jadi bahan simpanan persiapan perkahwinan saya
Weeee =)

InsyaAllah, hari sabtu persamaan 1hb Oktober 2011
pihak ibu bapa bakal tunang akan datang ke rumah
nak discuss pasal majlis pertunangan kami bulan disember ni

harap semua lancar

errr.. kena call uncle untuk jadi wakil pihak saya
bye

Thursday, August 11

Assalamualaikum

Hai Gurls....

This blog will be launched soon....

TUNGGUUUuuuu
Daisypath Anniversary tickers