Saturday, December 17

Wordless Sunday

my 'comelssss' hand bouquet hiks!

6 hari lagi!

Assalamualaikum
wahhh 6 hari lagi jer nak bergelar "Cik Tunang"
omakaihhh..nervous la pulak
tak dapat bayangkan saat-saat berdebar bakal ibu mertua nak sarung cincin
dah la saya ni gigil sket
waduh
seram jugak aih!

hari ni dah selamat gi beli cincin
Alhamdulillah jumpe dah cincin pilihan ati
terima kasih Cinta
he he he

Pastu tadi pergi cari baju kemeja Pink Nazri
jumpa jugak and he is willing to wear it,yeay!
sepadan la kita nanti
tapi sure Nazri malu-malu kucen nanti he he he

Semalam my bosses bagi present for my engagement
bertunang pun dapat hadiah!
he he he terharu kite
dorang bought me makeup set from Clinique
suke!suke!
Thanks Juhanna, En Zam & En Syed


persiapan Alhamdulillah dah 80% siap
tinggal nk deco hantaran
dan nak pack goodie bag
tunggu orang dah ramai kat umah baru start buat
boleh la agih-agihkan keje kan
he he he lagi

semoga majlis saya berjalan dengan lancar
cuaca baik
takde ape-ape yang tak baik berlaku
sederhana tapi meriah
dan dapat buat family kedua-dua pihak happy

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:

Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).

Sunday, December 11

13 days left: Checklist

Assalamualaikum

Dekat seminggu tak update blog..minggu ni agak sibuk sikit..plus kaki injured terlanggar katil..huhu..shian saya..pastu nak siapkan appraisal..fuh,takde masa nak update..apa pon tak boleh!..semalam baru start gunting riben untuk decorate goodie bag..simple je..tapi riben tak cukup la pulak..malas sungguh nak gi Jalan TAR beli..kedai kat gombak ni ada jugak,tapi taktau la harga mahal ke tidak..nextweek jer la beli..insyaAllah sempat..okay,things dalam checklist dah banyak yang siap dan akan siap..nama pun bertunang kan,so takde la banyak sangat yang nak di kejarkan...so far so good..slow and steady..wink!

1. Baju Tunang + Veil + Tudung + Brooch = DONE

2. Mini Dais = booked (balance deposit RM200)

3. Hantaran = Tunggu Kazen (kak Ciah) pulang!

4. Kek for goodie bag = ordered!

5. Make up artist MUA = booked (Julifihana)

6. Hand Bouquet = last minute! dah siap pun!

5. Langsir = DONE

6. Kain Baju Melayu for Hantaran = DONE!

7. Choclate for Hantaran = Nextweek!

8. Toiletries for Him = DONE

9. Photographer = Booked (Razif Masri)

10. Take out Box for Goodies = DONE (oleole manis)

11. Kek for Hantaran = ada orang sponsor! =P

12. Dulang Hantaran = pinjam sis in Law

13. Sireh for Hantaran = amik kat umah jiran je nanti!

14. Fresh  Flower for Sireh Junjung = Petaling Street, last minute!

15. Alas Hantaran = DONE

16. Print sticker = Nextweek!design done!

17. Candies + choco + puding for Goodies = DONE


Monday, December 5

Toiletries Set for Him

Assalamualaikum

tengah fikir, apa nak kasi si dia ni

Body Shop?
Kiehl?
Crabtree & Evelyn? (i love this brand!)
Adidas?
Loreal? (Aaron Aziz!)
Himalaya? (tak wangi arr)
Garnier for Man? (Fahrin Ahmad!wow)
Skin Food?
The Face Shop? (Confius dengan Body Shop)
La Mer?(mahal!memang tak laaaar)

Peh!!!

Mari kita survey, skang kan promotion for Christmas
Mesti ada set gift yang murah dan best kan
hurmm yummehh!










Sunday, December 4

In Love With Room Deco

Assalamualaikum

saya jatuh cinta
jatuh cinta dengan room deko
bestnyer kalau ada rumah sendiri
boleh pilih furniture yang cantik dan ala-ala english style
i love love love english style
antik 
sweet

oh!


boleh tak nak transform bilik jadi macam kat bawah ni?
-----------------------------------------------------------










Saturday, December 3

What a GOJES??!

Flower Cuppy Cake
Gojes kan??

I WANT IT !!!!!!!!

21 Days: Hantaran deco dan collect baju tunang!

Assalamualaikum
penat giler today
from gombak to Bukit Jelutong
siap sesat-sesat
kononnya nak jumpa kak Nardea (oleole Manis) nak collect my take out box
rupanya kak Nardea dah confius
dia ingat saya nak tengok contoh box
pastu dah cite-cite kat dia "saya la yang sesat gi umah akak last week sampai dah frust terus balik,hehe"
baru dia teringat
"alamak,dik box adik tinggal kat umah,akak confius sudah..so many yatt la yang contact"
so takpe la..hari selasa ni Nazri je yang akan gi collect box tu dari kak Nardea
since office Nazri pun dah kat Puchong so dekat sangat la dia nak gi Seri Kembangan kan
so i leave it to him
(berapa banyak SO laaaa)

Next, pergi Subang jap coz Nazri terlupa nak amik beg dia
pastu terus straight gi KL
traffic was crawled very bad today walaupun hari ni hari sabtu
slow macam siput sepanjang jalan
sampai Jalan TAR parking pulak payah
fuhh!memang tension
pusing-pusing jumpa parking kosong kat sebelah ofis KWSP
ada pulak mamat india dok promote spray cermin keta apekejadah
Nazri pun rajin pi layan dia pot pet pot pet
akhirnya terbeli jugak..haha
ntah nyer tidak mamat india tu

okay la abis cite pasal parking
kami pun jalan la ke semua house
biasa la sabtu kan pasar malam kat situ
kul 2 dah start sesak ngan orang ramai
kami gi Semua House sebab nak amik baju tunang saya dah siap
nasib muat!
haha
so ati pun suka la walau pun sedikit berkecamuk sebab kena bayar mahal kat aunty tu
rabak wey rabak!

saya kasi share teaser dulu
hehe takleh bagi tengok semua nanti tak surprise


pastu singgah pulak kedai bunga riben
kat rumah rasa macam banyak benda je nk beli
tapi sampai sana terus jadi blur
haha
pelik larr!apesal macam tak tau nak pilih ape je bila sampai situ
pusing kat 5-6 kali dalam kedai tu tapi blank
last-last baru teringat ada checklist dalam purse
baru la tau ape nak beli
artificial flower kat KL lagi lawa dari kat Nilai
tapi ari Jumaat saya dah terbeli kat Romantika Wangsa Maju sebab tak sabar sangat
aduyai!nyesal
pastu baru dapat tau,fresh flower sebenarnya lagi murah dari artificial flower
berkecamuknya ati!
huhu..takpe la..saya akan beli fresh flower untuk tepak sirih nanti
saya mesti kena pegi Petaling Street sebab ramai B2B cite kat situ murah and banyak kedai boleh pilih-pilih sampai  pengsan (sebab cantik la)



Last destinasi untuk hari ni, pasar borong Selayang
hehe
beli ikan
wee
tak tak 
sebenarnya saya gi beli kepok kering untuk Nazri
nenek Nazri nak bawak balik Sarawak esok
nasib baik jumpa

so setakat itu la cerita hari ni
buat masa ni persediaan almost done 75%
Alhamdulillah
harap semuanya lancar
Amin

Daisypath Anniversary tickers