Sunday, March 4

Born Day 040313

Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur
terasa diri ini amat kerdil di bumi Allah tetapi masih diberi kesempatan untuk bernyawa
dan memperbaiki diri untuk jadi lebih baik

saya berharap usia 27 tahun ini tidak akan menjadi sia-sia
juga berharap di usia ini saya dapat menjadi lebih matang dan berjaya
lebih solehah
lebih kurus (sebab nak kawin tahun depan)
lebih bijak menguruskan wang dan masa
lebih sweet 17 (ahaks tetibe!)
lebih memahami
dan lebih berjaya dalam kerjaya

Ada beberapa yang nak di capai tahun ni..
harapan: semoga berjaya!aku boleh! 

Perbaiki diri dan amal soleh

Nak perbetulkan solat, jaga solat
taknak tangguh solat dah melainkan ada emergency
nak lebih khusyuk dalam solat
nak lebih banyak bersedekah (mak cakap kalau kita sedekah rezeki kita berlipat ganda)
nak merasa join majlis-majlis agama khusus untuk muslimah
nak berhijab dengan sempurna

Mulakan Diet dan Hidup Sihat

I really put on weight last year..dari 62kg sekarang dah jadi 71kg..haha..tau tak perasaannyer macamana?perasaan GEMOK laaaa..adui..walaupun berperasaan aku tetap jugak nak makan dan makan tanpa mempedulikan orang di sekeliling..tapi bila orang tegur aku GEMOK, aku peduli jugak la..pastu rasa la macam nak kurus..tapi malangnya nafsu makan yang salu menang..so di usia 27 tahun ni aku rasa kena lebih kuat dan tekad..kalau tak, memang la ni suma angat-angat tahik ayam macam tahun lepas..kalau tak kurus nanti nyesal tak muat baju perantin..i nak kawinnnnn..

so, I will start :-
Go to the gym 3 times a week + Jogging at taman bunga
say no to chicken, beef, lamb, ice, sweet & oily food, air gas and so on
sleep early (before 12 am kena tido) & wake up early everyday
Tawakal supaya stick to the resolution..yearh!

Personaliti dan penampilan baru

peh! macam artis nak kuar album baru pulak kan...hehe..yes!lepas struggle nak kurus mesti la nak cun dan ayu kan..tapi aku punye resolution bukan nak lebih stylo cun macam artis ke hape..tapi aku nak lebih terjaga dan mengikut syariat di dalam berpakaian..nak elakkan dari pakai yang ketat-ketat dan menjaga aurat dengan lebih baik..InsyaAllah..sikit je lagi aku akan capai niat ini..doakan yer ladies..

Saving

Tahun ni jugak kena usaha kumpul duit sebanyak yang boleh sebab nak kawin..aku tak boleh nak serahkan 100% belanja kat tunang aku sebab we all mengamalkan konsep sharing is caring..hehe..takde la..sebenarnya  kalau nak kawin memang kena sama-sama mengumpul lain la kalau korang kawin ngan anak datuk ke tan sri ke memang lah takyah kumpul duit..duit turun dari langit kot kan..tapi duit aku tak turun dari langit,tapi dari usaha dan hasil titik peluh yang halal..so tahun ni nak kurangkan shopping maniac, nak tutup mata je kalau jalan shopping mall ke apa ke..actually,aku tak la maniac sangat..cuma bila ada duit tu cam tak puas ati je kalau tak abis kan..hehe..ape celop aku?? tahun ni dah takleh dah boros giler camtu..ITS OVERRRRRR yatt..

Perkahwinan yang sempurna

InsyaAllah, aku dan Nazri dah plan nak nikah tahun depan..so ada masa nak kumpul duit bagi cukup..hopefully..impian aku, ofcoz la nak majlis kawin aku nanti sempurna dan berjalan lancar..so from now on aku dah start berdikit-dikit kumpul beli,booking apa yang patut..banyak mende nak prepare kawin ni..dan kalau boleh biarla kawin ni lebih sempurna, meriah dan happy..walaupun aku nak wat majlis simple and sederhana..doakan semoga lancar..

Haaa..tu je laa azam dan impian aku..
jumpa lagi





No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers