Saturday, March 10

Mari main KIRA-KIRA


Yaaa semangat ni nak menulis atas layout baru
(saja wat tulisan cakar ayam kat blog baru ni supaya pembaca mengHAYATI sket haha)

Haii!! Assalamualaikum
hari ni aku nak buat checklist budget untuk sebuah majlis perkahwinan yang menjadi dambaan dan impian setiap pasangan..chewahhhh!
Seperti yang korang tahu bukan senang nak coordinate and manage sesebuah majlis
tak kira la majlis apa sekali pun
even majlis pot luck kat ofis pun kalau main bidan terjun  buat je tanpa perbincangan 
aku rasa mesti tak berapa nak menjadi
tak caya cube try
hehe

tentulah yang pertama sekali korang kena fikir BILA?
DI MANA?
BERAPA roughly bajet yang korang ada?
BERAPA ramai jemputan?
MENU?
TEMA?
VENDOR-VENDOR yang akan berkerjasama dengan korang SIAPA?
dan yang lain-lain..

BILA majlis aku??..ermm..insyaAllah seperti yang dirancang oleh aku dan Nazri,
cuti sekolah bulan 3 tahun 2013
dengar 2013 tu macam lama jer lagi kan tapi sebenarnya tak lama sangat bagi aku
ada 12 bulan saja untuk aku siap sedia
date yang aku rasa sesuai ialah:


Nikah - 9hb March 2013 (Sabtu, lepas Asar)
Reception Aku - 10 March 2013 (Ahad & Dewan)
Reception Nazri - TBA (cadang nak buat lepas 2 bulan nikah)

TEMPAT berlangsung bagi nikah aku dah plan untuk buat kat rumah sahaja
tapi mungkin kami tak masak sendiri, amik catering je untuk makan dalam 70 org gitu
mungkin nampak agak leceh sikit buat kat umah berbanding buat kat masjid
tapi aku rasa buat kat rumah lebih better coz kalau sedara mara nak bising pun tak kesah
budak-budak nak lari-lari pun tak kesah sangat (tapi dalam ati kesah sikit ehehe)
makcik-makcik nak berborak pun tak de sapa nak marah 
kiranya
takde lah leceh sangat
yang lecehnya nanti nak kemas-kemas jer balik
(pengantin di kecualikan, takut kuku patah..ahaks)

Kalau boleh nak deco mini dais sendiri
nak yang simple tapi comel
baju pun nak yang simple dan tak makan kos yang banyak
lagipun kalau buat baju nikah grand2 confirm korang pakai sekali je
aku takmo
nak yang simple dan boleh bawak gi kenduri pastu

JOM kita kira kos untuk nikah sahaja

Kain Baju Nikah: RM100
Tempahan baju Nikah : RM 200 
Veil: RM100 
Tudung: RM50
Deco Mini Pelamin : RM300
Makeup: RM250
Eksesori: RM 50
Bantal Nikah: RM200
Catering: RM 6.50 x 70 = RM455
Hantaran: RM1500
Deco Hantaran: RM200

TOTAL: RM 3205.00 (ho ho ho)

Okay sekarang kita kira bajet kasar untuk majlis resepsi perempuan pulak
Aku plan nak buat kat Pusat Komuniti Koperasi Polis Fasa II
dah survey dan harga sewaan takde la mahal sangat
Jumlah jemputan 700 sahaja
jom kita mula!

Sewa Dewan : RM800
Catering: RM14.50 x 700 = RM10150 (inc. PA system, red karpet,kusi meja etc)
Pakej Pelamin: RM3000 (inc. Makeup, baju,arch,walkaway etc)
Request baju baru-add on: RM1200
Photographer: RM2000
Videographer: RM1500
Door Gift : RM1050
Kad: RM1040
VIP gift: RM300
Bunga Telur: RM100
Baju Flower Girls: RM 300
Baju Siblings: RM400
Baju Pengapit: RM100
Photo Booth: RM300
Candy Booth: RM 400
Guest Book: RM50

TOTAL: RM 21,640.00 (ho ho ho)

RM 3,205.00 + RM21,640.00 = RM24,845 sahaja

Wahhhhhh...$$$$$$...juling mata sat..ini majlis di pihak perempuan sahaja..belum kira majlis belah lelaki lagi..
harga yang aku letak di atas berdasarkan survey yang aku buat buat masa ni
masih boleh dapat lagi perkhidmatan mengandam yang berkualiti tapi harga berpatutan (harap2 la servis pun tiptop)
catering pun kalau korang pandai cari mungkin boleh dapat lagi murah
yang penting RESEARCH
(based on pengalaman orang lain lah..dorang cakap survey dan persiapan awal tu akan menyelamatkan anda sari kesulitan yang tidak diingini)

okay, jom mula menabung

TATA

Pelamin Impian ku
Source: Google

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers