Saturday, April 21

Pesanan Mak

Assalamualaikum

Mak cakap
nanti bila dah kawin
cium tangan suami setiap kali keluar rumah
dan jugak semasa pulang ke rumah

Mak cakap 
nanti bila dah kawin
jangan malas-malas solat berjemaah dengan suami
jangan pentingkan drama tv atau fesbuk dari solat bersama

Mak cakap
nanti bila dah kawin
rajin-rajin masak untuk suami
air tangan isteri boleh lembutkan hati suami
biasakan sehingga masakan jadi sesedap masakan ibunya

Mak cakap
nanti bila dah kawin
rajin-rajin buat kerja rumah
ajak suami tolong sekali
sama-sama belajar hargai masa yang terluang

Mak cakap
nanti bila dah kawin
Jangan lupa mintak maaf pada suami sebelum tidur
supaya syurga dekat kita

Mak cakap
nanti bila dah kawin
jangan selalu sangat merajuk
jangan suruh suami tido kat tempat lain
berbaik segera supaya masalah tak makin besar
buang ego dan jangan melawan
sebab syurga di janjikan buat isteri yang taat

Mak cakap
nanti bila dah kawin
sentiasalah mintak restu suami kalau nak buat apa pun
sebab suami berhak sebagai ketua keluarga

Mak cakap
nanti bila dah kawin
jangan lupa berhias untuk suami
pakai kemas dan bersih sebelum suami pulang kerja
supaya suami tak serabut tengok kita

Mak cakap
nanti bila dah kawin
jangan galak sangat berhias untuk orang lain
takmo ada sifat tabaruj
berhias untuk suami sahaja
sebab aurat kita maruah suami kita

Mak cakap
nanti bila dah kawin
anggap mak ayah mertua seperti mak ayah sendiri
hormat dan jaga hati mereka sebaik mungkin
macam kita jaga hati mak ayah kita sendiri

Mak cakap
nanti bila dah kawin
takmo selalu makan kat luar
nak lahirkan zuriat yang bijak,pandai dan soleh
kena makan makanan yang dijamin halal,bersih dan berkhasiat

Mak cakap 
nanti bila dah kawin
jangan nak membebel banyak-banyak
jangan nak minta suami sediakan macam-macam di luar kemampuan suami
terima suami seadanya

Mak cakap
perkahwinan adalah tiket untuk seorang wanita masuk ke syurga
dengan hanya 1 syarat iaitu
TAAT

selamat malam semua

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers