Saturday, May 19

9 Bulan Lagi

Assalamualaikum

Wah,tajuk entry macam ibu mengandung pulak
eh,belum lagi
sengaja propa..hihi

Okay, kalau dihitung 
tolak tambah darab bahagi,
tinggal lagi 9 bulan lagi my wedding
pehh,memang sekarang ni rileks lagi tak prepare apa lagi la
hari-hari kejanya dok search internet
add butik pengantin
saya rasa friendlist kat FB tu suku ialah butik pengantin
abis butik pengantin kat terengganu,pahang suma saya add
wahahahaha

disebabkan lagi 9 bulan, me and en tunang tengah gigih kumpul duit
huhu
sat-sat pikir taknak buat pelamin
pastu tengok gambar member post pelamin cun-cun rasa nak dok atas pelamin plak
fening weyh
sat-sat kang nak pakai tiffany blue
pastu rasa cam dah ramai sangat orang pakai kaler tu
taknak lah,nak pakai kaler ijau zamrud pulak
adoi haiiiii..cik yottie oi cuba la teguh sikit pendirian tu

orait,sekarang nak decide
saya nak pakai baju kaler white cream untuk majlis nikah
kaler ijau zamrud/emerald green untuk resepsi belah perempuan
(pedulik walaupun encik tunang tak suka,aku suka!haha)
kaler gold untuk majlis bertandang umah encik tunang
SET!!!
takmo tukar theme lagi dah

erk,ijau zamrud tu camana?
camni haaaa
giler cantik SchAwal ni kan
secocok sungguh mereka
macam saya dan Nazri
ERKKKK! (sila muntah ijau ZAMRUD di sini)

Tapi yang SchAwal pakai ni adalah material songket
mine mungkin material dutchess satin untuk lelaki
dan saya material chiffon + lace
combination kaler ijau zamrud + itam should be great i think
(berangan,lalalalalla)

InsyaAllah,nextweek nak kuar gi shopping beli kain nikah and kain for bertandang
takpe beli awal-awal supaya saya menyesal nanti tengok latest kain lagi cantik kuar nanti
huwaaaaaaaa
tapi bukan apa,sebenarnya nak avoid keje last minit
beli awal-awal boleh peram kain tu,bawak tido puas-puas sebelum jadi baju
haha
cadang nak beli chiffon beaded 2.5 meter kalar white cream untuk baju
kain beli plain chiffon 3 meter sebab nak buat kat ropol kedut-kedut macam gambar kat bawah ni


wahh sangat comel itu kain kan
then, beli extra 1.5 meter plain chiffon nak buat veil
border lace saya ingat beli kat kedai kain biasa je la (cost RM20-RM35)
dengar citer kat Jakel mahal giler
nak save budget la katakan
so saya budget belanja beli kain untuk nikah dalam RM450

Untuk bertandang pulak saya cadang nak beli kain chiffon set dekat Semua House
hari tu dah tanya 4.5 m chiffon beaded + lining + kain baju melayu
RM380
murah la kan?
tapi kain taknak pakai chiffon beaded sebab nak wat kain macam kat atas nuh
maka kena tambah sikit untuk beli plain chiffon
lebih chiffon beaded (yang tak jadi wat kain tu nanti) nak wat veil
so takyah DIY veil lagi dah
Yeeehuuu

okay la nanti sambung lagi menulis ya
nak angkat jemuran
ujan dah turun
hu hu



No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers