Saturday, March 31

Tuesday, March 20

Dugaan oh dugaan

Assalamualaikum

tajuk post kali agak mencabar sikit untuk aku tulis
dugaan oooooowhhh dugaan
mana ada hidup tanpa dugaan, bukan?
yer la kau aku bukan malaikat pun
yang membezakan samada kita berhadapan dengan dugaan besar atau pun kecik

opss sebelum tu nak iklan sat
Takziah buat keluarga Adik Dirang
Moga Adik Dirang di letakkan dikalangan yang solehah
Al-fatihah

Okay,sambung balik

this is what i feel lepas bertunang
rasa bahagia
MasyaAllah indah sangat
Kami banyak belajar untuk jadi pasangan yang matang sebelum menempuh alam perkahwinan
dugaan jugak sebab perlu mendidik hati supaya tidak lagi keanak-anakan
kurangkan emosi yang macam ribut taufan tsunami tu
banyak bersabar dan belajar positif
Alhamdulillah, apparently successful work 

dugaan kedua
bila harus berjauhan dengan tunang sendiri
(yer la takkan dengan anda pula LOL)
sekelip mata dah terjoin KELAB CINTA JARAK JAUH
memang mula-mula macam susah sebab tunang jauh
dan kerja malam pulak tu
bila ada emergency or ada benda nak tanya tak dapat call dan cakap dengan tunang sebab dia tido di siang hari
terpaksalah diriku ini menjadi seorang yang lebih berdikari
at the first place, memang payah jugak nak ikut rentak cinta jarak jauh ni
tapi once you dan join the club
kita akan rasa lebih BERDIKARI dan mampu berdiri di atas KAKI sendiri
(selama ni berdiri di atas kaki sapa?itu perumpamaan ya!)

Dugaan seterusnya adalah MONEY bebeh!
since tunangku baru jer berapa bulan kerja O&G
cabaran nak kumpul duit ni memang agak besar la bagi kami
sekarang baru terfikir kena kurangkan membazir
kena catu apa yang perlu
kena ikat nafsu bershopping..huwaaaaaa!
sapa taknak kawin cepat dik oiiii
kalau ada duit apa pun boleh

Its was not critical yet
but have to saving more this year
ecehhh speaking nkauuuu!

percaya percaya percayalah
Allah takkan bagi dugaan yang tak tertanggung oleh hambaNya

duit tu dugaan kecik
berjauhan tu dugaan kecik
gado-gado gedik-gedik tu pun dugaan kecik

dugaan dan cabaran yang lebih besar adalah selepas BERKAHWIN
so,b2b..
BE PREPARED ya!

Monday, March 12

Wedding dress yang I angankan!

Assalamualaikum

shomel sangat..

kalau saya kurus,memang design ni akan jadi pilihan..weee

Serius,cantik giler dress dia

dress 2 tones..cantik..the groom harus la berbaju melayu seperti gambar dia atas..baru la nampak tuff..hehehe

Gabungan Lace dan organza

kain dia sangat CUN!!

Sunday, March 11

Rindu Enchek Tunang


Malam ni rasa rindu sangat kat Nazri
sangat-sangat
baru tau perasaan berjauhan macam mana

saya adalah ahli kelab
"Cinta jarak jauh"
Heeee

Rindu yang mengukuhkan hubungan kami
InsyaAllah
berbaloi-baloi

Selamat Malam


Saturday, March 10

Veil untuk Di SEWA

Assalamualaikum B2B

saya dah bersedia untuk menyewakan item-item masa saya tunang hari tu..
buat pertama kali
saya akan menyewakan 

SOFT PINK VEIL



Harga Sewa :RM35 sahaja
Cagaran : RM70

Saya akan pulangkan RM35 kembali pada anda selepas anda pulangkan veil kepada saya.
Pengambilan 3 hari sebelum majlis.
dan pemulangan dalam tempoh 3 hari selepas majlis.
Cash on Delivery sahaja.
hanya untuk B2B yang berada di lembah kelang sahaja.

Email yottiesh@gmail.com jika anda berminat!

Terima Kasih!

Mari main KIRA-KIRA


Yaaa semangat ni nak menulis atas layout baru
(saja wat tulisan cakar ayam kat blog baru ni supaya pembaca mengHAYATI sket haha)

Haii!! Assalamualaikum
hari ni aku nak buat checklist budget untuk sebuah majlis perkahwinan yang menjadi dambaan dan impian setiap pasangan..chewahhhh!
Seperti yang korang tahu bukan senang nak coordinate and manage sesebuah majlis
tak kira la majlis apa sekali pun
even majlis pot luck kat ofis pun kalau main bidan terjun  buat je tanpa perbincangan 
aku rasa mesti tak berapa nak menjadi
tak caya cube try
hehe

tentulah yang pertama sekali korang kena fikir BILA?
DI MANA?
BERAPA roughly bajet yang korang ada?
BERAPA ramai jemputan?
MENU?
TEMA?
VENDOR-VENDOR yang akan berkerjasama dengan korang SIAPA?
dan yang lain-lain..

BILA majlis aku??..ermm..insyaAllah seperti yang dirancang oleh aku dan Nazri,
cuti sekolah bulan 3 tahun 2013
dengar 2013 tu macam lama jer lagi kan tapi sebenarnya tak lama sangat bagi aku
ada 12 bulan saja untuk aku siap sedia
date yang aku rasa sesuai ialah:


Nikah - 9hb March 2013 (Sabtu, lepas Asar)
Reception Aku - 10 March 2013 (Ahad & Dewan)
Reception Nazri - TBA (cadang nak buat lepas 2 bulan nikah)

TEMPAT berlangsung bagi nikah aku dah plan untuk buat kat rumah sahaja
tapi mungkin kami tak masak sendiri, amik catering je untuk makan dalam 70 org gitu
mungkin nampak agak leceh sikit buat kat umah berbanding buat kat masjid
tapi aku rasa buat kat rumah lebih better coz kalau sedara mara nak bising pun tak kesah
budak-budak nak lari-lari pun tak kesah sangat (tapi dalam ati kesah sikit ehehe)
makcik-makcik nak berborak pun tak de sapa nak marah 
kiranya
takde lah leceh sangat
yang lecehnya nanti nak kemas-kemas jer balik
(pengantin di kecualikan, takut kuku patah..ahaks)

Kalau boleh nak deco mini dais sendiri
nak yang simple tapi comel
baju pun nak yang simple dan tak makan kos yang banyak
lagipun kalau buat baju nikah grand2 confirm korang pakai sekali je
aku takmo
nak yang simple dan boleh bawak gi kenduri pastu

JOM kita kira kos untuk nikah sahaja

Kain Baju Nikah: RM100
Tempahan baju Nikah : RM 200 
Veil: RM100 
Tudung: RM50
Deco Mini Pelamin : RM300
Makeup: RM250
Eksesori: RM 50
Bantal Nikah: RM200
Catering: RM 6.50 x 70 = RM455
Hantaran: RM1500
Deco Hantaran: RM200

TOTAL: RM 3205.00 (ho ho ho)

Okay sekarang kita kira bajet kasar untuk majlis resepsi perempuan pulak
Aku plan nak buat kat Pusat Komuniti Koperasi Polis Fasa II
dah survey dan harga sewaan takde la mahal sangat
Jumlah jemputan 700 sahaja
jom kita mula!

Sewa Dewan : RM800
Catering: RM14.50 x 700 = RM10150 (inc. PA system, red karpet,kusi meja etc)
Pakej Pelamin: RM3000 (inc. Makeup, baju,arch,walkaway etc)
Request baju baru-add on: RM1200
Photographer: RM2000
Videographer: RM1500
Door Gift : RM1050
Kad: RM1040
VIP gift: RM300
Bunga Telur: RM100
Baju Flower Girls: RM 300
Baju Siblings: RM400
Baju Pengapit: RM100
Photo Booth: RM300
Candy Booth: RM 400
Guest Book: RM50

TOTAL: RM 21,640.00 (ho ho ho)

RM 3,205.00 + RM21,640.00 = RM24,845 sahaja

Wahhhhhh...$$$$$$...juling mata sat..ini majlis di pihak perempuan sahaja..belum kira majlis belah lelaki lagi..
harga yang aku letak di atas berdasarkan survey yang aku buat buat masa ni
masih boleh dapat lagi perkhidmatan mengandam yang berkualiti tapi harga berpatutan (harap2 la servis pun tiptop)
catering pun kalau korang pandai cari mungkin boleh dapat lagi murah
yang penting RESEARCH
(based on pengalaman orang lain lah..dorang cakap survey dan persiapan awal tu akan menyelamatkan anda sari kesulitan yang tidak diingini)

okay, jom mula menabung

TATA

Pelamin Impian ku
Source: Google

Tukar Layout YELLOWISH

Assalamualaikum
Wahhhh
see layout baru sehhhh

COMEL TAK?

semoga saya rajin mengupdate..

Sunday, March 4

Plan A

Theme?
off white for Nikah

Terqouise + Tiffany Blue + White for Reception 1

Purple + White Reception 2

Dewan

Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa II

Date

Raya Cina 2013 - ermmm
or 
Cuti Sekolah bulan March 2013?



Born Day 040313

Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur
terasa diri ini amat kerdil di bumi Allah tetapi masih diberi kesempatan untuk bernyawa
dan memperbaiki diri untuk jadi lebih baik

saya berharap usia 27 tahun ini tidak akan menjadi sia-sia
juga berharap di usia ini saya dapat menjadi lebih matang dan berjaya
lebih solehah
lebih kurus (sebab nak kawin tahun depan)
lebih bijak menguruskan wang dan masa
lebih sweet 17 (ahaks tetibe!)
lebih memahami
dan lebih berjaya dalam kerjaya

Ada beberapa yang nak di capai tahun ni..
harapan: semoga berjaya!aku boleh! 

Perbaiki diri dan amal soleh

Nak perbetulkan solat, jaga solat
taknak tangguh solat dah melainkan ada emergency
nak lebih khusyuk dalam solat
nak lebih banyak bersedekah (mak cakap kalau kita sedekah rezeki kita berlipat ganda)
nak merasa join majlis-majlis agama khusus untuk muslimah
nak berhijab dengan sempurna

Mulakan Diet dan Hidup Sihat

I really put on weight last year..dari 62kg sekarang dah jadi 71kg..haha..tau tak perasaannyer macamana?perasaan GEMOK laaaa..adui..walaupun berperasaan aku tetap jugak nak makan dan makan tanpa mempedulikan orang di sekeliling..tapi bila orang tegur aku GEMOK, aku peduli jugak la..pastu rasa la macam nak kurus..tapi malangnya nafsu makan yang salu menang..so di usia 27 tahun ni aku rasa kena lebih kuat dan tekad..kalau tak, memang la ni suma angat-angat tahik ayam macam tahun lepas..kalau tak kurus nanti nyesal tak muat baju perantin..i nak kawinnnnn..

so, I will start :-
Go to the gym 3 times a week + Jogging at taman bunga
say no to chicken, beef, lamb, ice, sweet & oily food, air gas and so on
sleep early (before 12 am kena tido) & wake up early everyday
Tawakal supaya stick to the resolution..yearh!

Personaliti dan penampilan baru

peh! macam artis nak kuar album baru pulak kan...hehe..yes!lepas struggle nak kurus mesti la nak cun dan ayu kan..tapi aku punye resolution bukan nak lebih stylo cun macam artis ke hape..tapi aku nak lebih terjaga dan mengikut syariat di dalam berpakaian..nak elakkan dari pakai yang ketat-ketat dan menjaga aurat dengan lebih baik..InsyaAllah..sikit je lagi aku akan capai niat ini..doakan yer ladies..

Saving

Tahun ni jugak kena usaha kumpul duit sebanyak yang boleh sebab nak kawin..aku tak boleh nak serahkan 100% belanja kat tunang aku sebab we all mengamalkan konsep sharing is caring..hehe..takde la..sebenarnya  kalau nak kawin memang kena sama-sama mengumpul lain la kalau korang kawin ngan anak datuk ke tan sri ke memang lah takyah kumpul duit..duit turun dari langit kot kan..tapi duit aku tak turun dari langit,tapi dari usaha dan hasil titik peluh yang halal..so tahun ni nak kurangkan shopping maniac, nak tutup mata je kalau jalan shopping mall ke apa ke..actually,aku tak la maniac sangat..cuma bila ada duit tu cam tak puas ati je kalau tak abis kan..hehe..ape celop aku?? tahun ni dah takleh dah boros giler camtu..ITS OVERRRRRR yatt..

Perkahwinan yang sempurna

InsyaAllah, aku dan Nazri dah plan nak nikah tahun depan..so ada masa nak kumpul duit bagi cukup..hopefully..impian aku, ofcoz la nak majlis kawin aku nanti sempurna dan berjalan lancar..so from now on aku dah start berdikit-dikit kumpul beli,booking apa yang patut..banyak mende nak prepare kawin ni..dan kalau boleh biarla kawin ni lebih sempurna, meriah dan happy..walaupun aku nak wat majlis simple and sederhana..doakan semoga lancar..

Haaa..tu je laa azam dan impian aku..
jumpa lagi





Daisypath Anniversary tickers