Thursday, May 31

Encik Tunang Pulang


Assalamualaikum
Samat Pagi

YEYYY! syok hari ni
sebab
Encik tunang tersayang pulang dari Brunei
lama kot tak jumpa
Wawawah

TERKESIMA!

Saturday, May 19

9 Bulan Lagi

Assalamualaikum

Wah,tajuk entry macam ibu mengandung pulak
eh,belum lagi
sengaja propa..hihi

Okay, kalau dihitung 
tolak tambah darab bahagi,
tinggal lagi 9 bulan lagi my wedding
pehh,memang sekarang ni rileks lagi tak prepare apa lagi la
hari-hari kejanya dok search internet
add butik pengantin
saya rasa friendlist kat FB tu suku ialah butik pengantin
abis butik pengantin kat terengganu,pahang suma saya add
wahahahaha

disebabkan lagi 9 bulan, me and en tunang tengah gigih kumpul duit
huhu
sat-sat pikir taknak buat pelamin
pastu tengok gambar member post pelamin cun-cun rasa nak dok atas pelamin plak
fening weyh
sat-sat kang nak pakai tiffany blue
pastu rasa cam dah ramai sangat orang pakai kaler tu
taknak lah,nak pakai kaler ijau zamrud pulak
adoi haiiiii..cik yottie oi cuba la teguh sikit pendirian tu

orait,sekarang nak decide
saya nak pakai baju kaler white cream untuk majlis nikah
kaler ijau zamrud/emerald green untuk resepsi belah perempuan
(pedulik walaupun encik tunang tak suka,aku suka!haha)
kaler gold untuk majlis bertandang umah encik tunang
SET!!!
takmo tukar theme lagi dah

erk,ijau zamrud tu camana?
camni haaaa
giler cantik SchAwal ni kan
secocok sungguh mereka
macam saya dan Nazri
ERKKKK! (sila muntah ijau ZAMRUD di sini)

Tapi yang SchAwal pakai ni adalah material songket
mine mungkin material dutchess satin untuk lelaki
dan saya material chiffon + lace
combination kaler ijau zamrud + itam should be great i think
(berangan,lalalalalla)

InsyaAllah,nextweek nak kuar gi shopping beli kain nikah and kain for bertandang
takpe beli awal-awal supaya saya menyesal nanti tengok latest kain lagi cantik kuar nanti
huwaaaaaaaa
tapi bukan apa,sebenarnya nak avoid keje last minit
beli awal-awal boleh peram kain tu,bawak tido puas-puas sebelum jadi baju
haha
cadang nak beli chiffon beaded 2.5 meter kalar white cream untuk baju
kain beli plain chiffon 3 meter sebab nak buat kat ropol kedut-kedut macam gambar kat bawah ni


wahh sangat comel itu kain kan
then, beli extra 1.5 meter plain chiffon nak buat veil
border lace saya ingat beli kat kedai kain biasa je la (cost RM20-RM35)
dengar citer kat Jakel mahal giler
nak save budget la katakan
so saya budget belanja beli kain untuk nikah dalam RM450

Untuk bertandang pulak saya cadang nak beli kain chiffon set dekat Semua House
hari tu dah tanya 4.5 m chiffon beaded + lining + kain baju melayu
RM380
murah la kan?
tapi kain taknak pakai chiffon beaded sebab nak wat kain macam kat atas nuh
maka kena tambah sikit untuk beli plain chiffon
lebih chiffon beaded (yang tak jadi wat kain tu nanti) nak wat veil
so takyah DIY veil lagi dah
Yeeehuuu

okay la nanti sambung lagi menulis ya
nak angkat jemuran
ujan dah turun
hu hu



Monday, May 7

Aik Sudah Tukar!

Assalamualaikum
Wahhh hari ni TER rajin pulak nak update blog
Actually tadi malas nak online
tapi Encik tunang suruh buka Photoshop edit gambar passport beliau
terpaksa la saya mengonlinekan diri
alasan

Terkejut den tengok setting blogspot ni dah berubah rupa
agak terkial-kial jugak la nak cari icon untuk menulis
naseb jumpa
saja je kan nak suh saya menulis

Okay, last saturday Ann my BFF tu datang hantar kad reception dia
pastu kami pun story mory la pasal wedding ni
saya biasalah, berangan tak habis sedangkan Ann dah selamat jadi bini orang
so dia tak lah berangan..haha
sambil bergosip-gosip cita pasal artis kawin
tiba-tiba Ann bukak cite
dia kata asben dia tanya
"ITU YATT KE?MATURED NYER DIA"
"BESAU ORANGNYE"

Cehhhhhh

tensen pulak aku dengar
baru sedar yang memang berat dah cecah 72 kg
the heaviest weight in my life
memang pecah record la gemok tak hengat
haha
ati senang maa

TAPI
bila dah dengar komen negatif macam tu
memang la menyirap darah ku
terus hati jadi tak senang
Wahahahaha
"cis!camne la aku boleh sebesar ni??"
5 juta kali jugak la saya tanya diri sendiri sebelum terima kenyataan sebenar

SO NOW

kena push diri untuk berdiet
no matter what saya kena
menyirap sirap ni dengar komen macam tu
saya anggap ini satu cabaran untuk saya cepat kurus sebelum bulan 3 tahun depan

Nak disiplinkan diri ni memang payah
tapi kena kuat
so YATT u need to be strong
positive
aja-aja fighting

(I HATE NASIK FROM NOW...haha)

Wednesday, May 2

Pelamin ANGAN ku, ANGAN je dapat taktau!

Assalamualaikum

Blog ni memang saja saya biarkan berhabuk
sebab sangat takde idea nak tulis apa pun
kebetulan hari ni rajin lain macam pulak nak update
tapi sangat malas nak menaip panjang-panjang
saja nak menepek gambar pelamin yang menjadi anganku sejak dulu lagi
adakah impian jadi kenyataan?
JENG JENG JENG

Actually saya sebenarnya berhajat nak pelamin yang simple saja
memang pelamin tu saja nak wat snap foto nanti 
(amboi,boleh gitu?boleh je kalau dah nak macam tu)
since,memang takkan buat adat merenjis-renjis ni 
saya rasa just nak duduk atas pelamin kejap, dengar bacaan doa
selawat then adegan salam menyalam dengan parents
pastu turun makan
lepas makan potong kek atas pelamin
lepas tu bergambar sakan dengan family dan kawan-kawan

Sebab tu la saya nak pelamin saya tu nanti simple
tapi moden, kiut miut macam pengantinnya nanti
hehe
so nanti ingat lepas raya baru nak gi butik Nana tu
untuk fitting baju (me request bajur baru)
pastu nak discuss pelamin apa yang cun yang boleh dia buat within bajet 
yang aku mampu

so kat bawah ni la antara design impian saya
layannnnnnsss

haaaaa..simple sangat
tapi kalau boleh aku nak bunga banyak-banyak
siap ada kristal gantung-gantung kat belakang tu..

Putih dan merah memang nampak mewah
dan aku paling suka bunga yang berjuntai-juntai kat backdrop tu
pehhh!

Cantik sangat pelamin frame ni..memang tgh in sekarang
ala-ala garden gitu

Saya suka bunga banyak-banyak!
suka suka
panel dia actually biasa-biasa je
bunga tu yang menaikkan seripelamin ni sebenarnya

CANTIK TAKKKKK?




Daisypath Anniversary tickers