Monday, June 11

InsyaAllah, Dia lelaki terakhirku


Assalamualaikum

Hari ni agak penat sikit sebab awal pagi dah teman encik tunang pergi US Embassy
he needs to apply VISA for 2 weeks training kat sana nanti
tapi ini kali ketiga setelah dua kali di reject
saya pikir, orang US sangat memandang serong pada muslim yang namanya bermula "Mohammad"
dengan layanan yang agak kurang, mungkin ada sebab kenapa permohonan VISA encik tunang di tolak
my guess, atau mungkin encik tunang yang sengaja buat failed VISA tu kan
sebab dia risau sangat kalau pergi sana nak makan apa hari-hari
hu hu hu
saya percaya encik tunang pandai jaga diri dan makan minumnya walau di mana dia berada

Hari ni jugak hari pertama saya berkerja setelah 5 hari cuti
rasa malas tu confirm lah ada sebab dah sedap makan tidur cukup kat rumah
nak-nak encik tunang nak kena berangkat ke KK hari ni
lagi la rasa beratnya nak pergi office
tapi saya gagahkan jugak
demi mencari sesuap nasi dan kumpul duit kawin
hehehe

Encik tunang ada pesan tadi, mintak saya jaga diri baik-baik
jangan makan banyak-banyak sebab dia tengok saya dah tembam sangat
tadi pun sempat drive thru McD Double Quarter Pounder
bukan main pelahap lagi saya sebab sangat lapar tak makan breakfast pagi tadi (Ya Allah, ini amalan sapa ni? kena ubah)
saya rasa masa sangat suntuk tadi untuk saya lunch bersama encik tunang
lagipun takde train yang straight pergi LCCT
daripada biarkan encik tunang naik teksi,sy decided nak hantar terus encik tunang ke LCCT
serius, lepas encik tunang balik dari Brunei hari tu tak sempat lagi kami berdua berbual panjang
hari tu jemput encik tunang di KL Sentral, singgah makan dan terus encik tunang balik kampung
sampai la hari ni baru sempat nak berborak lama sikit
tapi bagus jugak, rasa cinta berputik-putik macam bunga sakura
(sila gelak terbahak-bahak)
tapi sayang,sekejap jer pastu dah sampai LCCT huhu

Saya sentiasa ingatkan diri saya supaya belajar memahami bakal pasangan saya
sejak encik tunang kerja jauh
saya dapat rasakan banyak yang berubah terutama chemistry
bayangkan dulu sebelum bertunang, asik nak bergaduh je setiap hari
ada je yang tak kena
ada je yang tak percaya
mungkin masa tu kami belum cukup matang lagi
agaknya
tapi bila dah bertunang, rasanya sangat lain
encik tunang jugak sangat ketara perubahannya
kadang-kadang boleh membuatkan saya terharu
encik tunang banyak ingatkan saya tentang perkahwinan yang akan di bina nanti
in future, kami berdua perlu jadi bagaimana 
beliau cuba mendidik diri untuk menjadi pasangan yang sentiasa memandang ke hadapan
dari segi kerjaya,saya akui encik tunang lebih ke hadapan
dan saya pula masih merasakan di takuk lama seperti dulu
bosan jugak,tapi..hurm..susah nak cakap kenapa dan kenapa
fullstop :(

Kadang-kadang teringin jugak nak upload gambar encik tunang di FB
ataupun sekurang-kurangnya status betapa saya sangat menghargai beliau
tapi kata encik tunang, cinta tak perlu ditayangkan pada khalayak ramai
cukup lah kita dan pasangan kita je yang tau betapa kita memerlukan antara satu sama lain
lagipun kata encik tunang, selagi belum sah kita belum lagi boleh menghebohkan pada orang ramai
risau jika semuanya yang kita update disalah erti dan menjadi umpatan orang pulak
kalau dah kawin pun, encik tunang awal-awal lagi dah sound, jangan seronok sangat sampai kita lupa tanggunjawab yang akan dilalui
kadang-kadang orang yang rajin mencanang kebahagian mereka,belum tentu bahagia pada realitinya
mungkin itu adalah cara menarik perhatian rakan-rakan supaya like dan memeriahkan page mereka
Wallahualam, perlu tepuk dada tanya selera :)

Apa yang saya ingin katakan, suatu perhubungan perlu disulami dengan rasa yang sama
kerana Allah jugak telah menentukan manusia itu berpasangan sejak dari azali
hanya Dia yang tahu siapa yang bakal memiliki hati setiap manusia
walau bagaimana rupa pasangan kita,sempurna atau tidak
bersyukur saja, sekurang-kurangnya ada jugak yang sudi menemani kita di hari tua nanti
yang tak sempurna itu boleh dihiasi dengan hati yang ikhlas
dan saya sentiasa cuba memperbaiki diri saya supaya saya belajar menghargai orang yang sudi bersama saya
InsyaAllah, dia lelaki terakhir saya






No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers