Saturday, December 17

6 hari lagi!

Assalamualaikum
wahhh 6 hari lagi jer nak bergelar "Cik Tunang"
omakaihhh..nervous la pulak
tak dapat bayangkan saat-saat berdebar bakal ibu mertua nak sarung cincin
dah la saya ni gigil sket
waduh
seram jugak aih!

hari ni dah selamat gi beli cincin
Alhamdulillah jumpe dah cincin pilihan ati
terima kasih Cinta
he he he

Pastu tadi pergi cari baju kemeja Pink Nazri
jumpa jugak and he is willing to wear it,yeay!
sepadan la kita nanti
tapi sure Nazri malu-malu kucen nanti he he he

Semalam my bosses bagi present for my engagement
bertunang pun dapat hadiah!
he he he terharu kite
dorang bought me makeup set from Clinique
suke!suke!
Thanks Juhanna, En Zam & En Syed


persiapan Alhamdulillah dah 80% siap
tinggal nk deco hantaran
dan nak pack goodie bag
tunggu orang dah ramai kat umah baru start buat
boleh la agih-agihkan keje kan
he he he lagi

semoga majlis saya berjalan dengan lancar
cuaca baik
takde ape-ape yang tak baik berlaku
sederhana tapi meriah
dan dapat buat family kedua-dua pihak happy

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:

Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers